Usahawan 1 - Kek Desert Dan Barangan Wanita
Nama : Nurshuhada Bt Zulkifli
Umur : 23 Tahun
Produk : Kek Desert “Chocodap” Dropship dan Agent Barangan Wanita Seperti Beg Tangan dan Emas.
Latar Belakang
NurShuhada merupakan graduan politeknik dan mengambil keputusan bekerja sendiri selepas tamat belajar. Dia menjalankan perniagaan atas talian di media sosial seperti whatsapp, Instagram dan Facebook.
Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PI
Belum mahir membuat promosi jualan di media sosial dan tidak tahu cara yang betul pemasaran di atas talian.
Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI
Telah mahir membuat promosi dengan suntingan gambar dan photoshoot produk jualan yan lebih kreatif.
Celik IT
Nama : Noor Yasmin Bt Md Noh
Umur : 31 Tahun
Latar Belakang
Noor Yasmin merupakan seorang suri rumah sepenuh masa. Beliau tingal di sungai petani dan sekali sekala balik kampung di Baling. Tahu tentang kelas komputer di Pusat Internet melalui facebook dan mula mengunjungi pusat internet Kg bawah Gunung bila pulang ke kampung.
Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PI
Tidak tahu langsung menggunakan komputer.
Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI
Tahu mengunakan komputer dan asas Microsoft Office seperti MS Word, MS Excel, dan MS Power Point melalui latihan di Pusat Internet. Sudah boleh menggunakan komputer suaminya untuk membuat surat ringkas dan mencari bahan dan info di internet.
Usahawan 1 - Membuat Dan Menjual Aiskrim Homemade
Nama : Kassim Bin Bakar
Umur : 58 Tahun
Produk : Aiskrim D’ Embun
Latar Belakang
Encik Kassim mengusahakan perniagaan aiskrim buatannya yang diberi nama Aiskrim D’ Embun sempena nama isterinya iaitu Che Embun. Perniagaan aikrimnya berkembang ke KL dan Selangor yang diluaskan oleh anaknya. Dulu perusahaanya hanyalah secara tradisional iaitu menggunakan tangan sepenuhnya.
Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PI
Kurang sambutan dan strategi pemasaran hanyalah melalui mulut ke mulut. Dan perniagaan lebih kepada offline membuka gerai dan kiosk.
Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI
Mendapat sambutan setelah aikrim d’Embun telah dikenali ramai kerana strategi pemasaran dan promosi di media sosial. Dia juga membuka tempahan catering aiskrim untuk majlis keraian di media sosial FB dan Whastapp group.
Usahawan 2 - Semburan Fabric
Nama : Mohd Asri Bin Yahya
Umur : 47 Tahun
Produk : Balqish Fabric Perfume
Latar Belakang
Beliau bekerja sendiri dalam bidang pembinaan.
Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PI
Beliau hanya tahu menggunakan perisian asas seperti Microsoft office untuk membuat kerja-kerja beliau.
Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI
Giat mempromosikan barang jualan di facebook, whatsapp dan instagram
Usahawan 2 - Produk Kesihatan Dan Kecantikan
Nama : Nurul Bariah Bt Mustafa
Umur : 25 Tahun
Produk : Menjual Jus Tok Sabri Dan Jus Malika
Latar Belakang
Puan Bariah merupakan seorang suri rumah yang mempunyai 3 orang anak. Disebabkan beliau mempunyai anak yang masih kecil beliau hanya menjadi agen jualan untuk membantu suaminya. Beliau menjadi agen jualan dropship produk kesihatan dan kecantikan antaranya Jus Tok Sabri dan Jus Malika.
Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PI
Hanya menggunakan aplikasi Whatsapp dan facebook persendirian untuk memasarkan produk jualannya dan jualan secara offline kepada kenalan dan sekelilig.
Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI
Beliau banyak hadir ke PI untuk menyertai pelbagai program yang dianjurkan, malah beliau telah mengikuti pelbagai kelas yang diadakan. Selain itu, antara yang menjadi platform beliau untuk memasarkan produk jualan nya adalah Facebook page, Instagra,, Aplikasi My Shop dan Blog.