NAMA : MUHAMAD AMMAR FAIZ BIN ZULHUSNI

UMUR: 11 TAHUN 

 

Latar Belakang

Muhamad Ammar Faiz Bin Zulhusni berumur 11 tahun. Beliau merupakan anak kedua daripada 3 beradik. Adik Ammar seorang yang sangat rajin dan bersungguh-sungguh untuk mempelajari sesuatu yang baharu terutamanya dalam mempelajari bidang komputer. Beliau datang ke Pusat Internet mengikuti kelas secara online dan program yang dianjurkan oleh petugas Pusat Internet Komuniti Kg Bawah Gunung.

Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

 

Sebelum beliau melibatkan diri bersama Pusat Internet, beliau hanya belajar secara online dan kurang mahir dalam bidang komputer terutamanya dalam pembelajaran secara online, membuat slide untuk pembentangan dan sebagainya. Beliau juga tidak pandai untuk mencari bahan di dalam internet untuk membuat tugasan sekolah yang diberikan oleh gurunya.


Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

 

Selepas mengikuti kelas yang diajurkan oleh petugas Pusat Internet seperti kelas Microsoft Office dan Kelas E-Tuisyen Online, beliau sudah mahir dalam menggunakannya. Kini beliau dapat mencari bahan pembelajaran dan membuat tugasan yang diberikan oleh gurunya dengan mudah. Beliau juga dapat memberi tunjukajar kepada rakan-rakan yang lain dalam bidang komputer ini.

NAMA : NOR AZLIA AZLEEN BT ABDULLAH

UMUR : 15 TAHUN

Latar Belakang

Nor Azlia Azleen berumur 15  tahun. Beliau merupakan anak sulung daripada 2 beradik. Nor Azlia Azleen seorang yang sangat rajin dan bersungguh-sungguh untuk mempelajari sesuatu yang baharu terutamanya dalam mempelajari bidang komputer. Beliau sering datang ke Pusat Internet untuk mengikuti kelas dan program yang dianjurkan oleh petugas Pusat Internet Kg Bawah Gunung.

Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

 

Sebelum beliau melibatkan diri bersama Pusat Internet, beliau kurang mahir dalam bidang komputer terutamanya cara untuk membuat video, membuat slide dan sebagainya. Beliau juga tidak pandai untuk mencari bahan di dalam internet untuk membuat tugasan sekolah yang diberikan oleh gurunya.


Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

 

Selepas mengikuti kelas yang diajurkan oleh petugas Pusat Internet seperti kelas Microsoft Office dan Kelas Video, beliau sudah mahir dalam menggunakan. Kini beliau dapat mencari bahan pembelajaran dan membuat tugasan yang diberikan oleh gurunya dengan mudah. Beliau juga dapat memberi tunjukajar kepada rakan-rakan yang lain dalam bidang komputer ini.

 

 

NAMA : AIN NABILA

UMUR : 21 TAHUN

 

Latar Belakang


Cik Ain Nabila merupakan seorang belia yang sangat cekal dan bersemangat tinggi dalam
hidupnya dan juga perniagaannya. Beliau merupakan seorang yang istimewa dari segi
pendengaran dan pertuturan. Walaubagaimanapun ia tidak pernah menjejaskan semangat beliau
untuk menjalankan perniagaan dan kehidupannya. Beliau sangat berminat dalam bidang
perniagaan dan menceburi bidang ini semenjak tahun 2019 sehingga kini. Pelbagai jenis
perniagaan yang beliau pernah sertai dan kini beliau hanya fokus sebagai agen Kekasih The
Melvins. Beliau juga pernah dianugerahi alat pendengaran sebagai penghargaan beliau mendapat
jualan tertinggi.


Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PI
Tidak tahu bagaimana cara untuk memasarkan produk di internet dengan berkesan. Beliau juga
tidak pandai menggunakan komputer untuk tujuan membuat kerja, menghantar email dan
menjalankan perniagaannya. Perniagaannya sering gagal dan pendapatan yang diperoleh juga
kurang menguntungkan.


Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI
Selepas penglibatan bersama Pusat Internet, beliau lebih mahir untuk melakukan kerja,
menghantar email dan memarkan produk dia atas talian. Beliau menggunakan media sosial dan
Shopee sebagai platform utama untuk memasarkaan produk beliau. Produk yang dikeluarkan oleh
beliau dapat dipasarkan di seluruh kawasan dan mempunyai lebih ramai dropship. Pendapatan
yang beliau perolehi semakin meningkat dan beliau dilantik menjadi agen.

 

NAMA : SRI SUHAILA BINTI ALI

UMUR : 39 TAHUN 

 

Latar Belakang


Pn. Sri Suhaila merupakan seorang ibu tunggal dan mempunyai 2 orang cahaya mata. Beliau
seorang ibu yang sangat cekal dan rajin dalam menguruskan perniagaannya dan mencari nafkah
demi anak-anaknya. Beliau sangat berminat dalam bidang perniagaan dan menjalankan
perniagaan sebagai agen Sara Anna semenjak tahun 2018 sehingga kini. Beliau sudah
mempunyai dropship dan menguruskan mereka dengan sebaiknya.


Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PI
Perniagaan yang diusahakan sering kali gagal dan tiada kemahiran promosi di atas talian serta
tidak tahu cara pengurusan kewangan yang sistematik. Beliau hanya menjual produk Sara Anna
ini hanya kepada saudara dan rakan terdekat sahaja. Sebelum itu, beliau belum dilantik sebagai
agen kerana jualan yang dilakukan tidak mendapat sambutan. Pendapatan yang diperolehi juga
sangat sedikit.


Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Selepas penglibatan beliau dalam Pusat Internet, belia tahu cara mempromosikan perniagaan
beliau di internet dengan menggunakan media sosial yang ada seperti Whatsapp dan Facebook
serta menggunakan platform Shopee sebagai tempat untuk mempromosikan produk beliau.
Beliau juga menggunakan MS Excel untuk membantu menguruskan kewangan secara sistematik.
Produk beliau mendapat sambutan dari merata tempat dan pendapatan yang beliau perolehi
semakin meningkat. Hasil daripada usaha gigih beliau, beliau telah dilantik sebagai agen Sara
Anna dan mempunyai beberapa orang dropship.

 

NAMA : NUR DANISHA AINA

UMUR : 12 TAHUN

 

Latar Belakang


Beliau merupakan anak sulung daripada 1 beradik.
Nur Danisha Aina seorang yang sangat rajin dan bersungguh-sungguh untuk
mempelajari sesuatu yang baharu terutamanya dalam mempelajari bidang komputer.
Beliau sering datang ke Pusat Internet untuk mengikuti kelas dan program yang
dianjurkan oleh petugas Pusat Internet Kg Bawah Gunung.


Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PI
Sebelum beliau melibatkan diri bersama Pusat Internet, beliau kurang mahir dalam
bidang komputer terutamanya cara untuk membuat video, membuat slide dan
sebagainya. Beliau juga tidak pandai untuk mencari bahan di dalam internet untuk
membuat tugasan sekolah yang diberikan oleh gurunya.


Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI
Selepas mengikuti kelas yang diajurkan oleh petugas Pusat Internet seperti kelas
Microsoft Office dan Kelas Video, beliau sudah mahir dalam menggunakan. Kini beliau
dapat mencari bahan pembelajaran dan membuat tugasan yang diberikan oleh gurunya
dengan mudah. Beliau juga dapat memberi tunjukajar kepada rakan-rakan yang lain
dalam bidang komputer ini.