Usahawan 2 - Menjual Produk Kecantikan
Nama : Nurul Husna Bt Jamaludin
Umur : 24 Tahun
Produk : Produk Premium Gold Serum
Latar Belakang
Cik Husna merupakan belia bujang yang menjalankan perniagaan Produk Premium Gold Serum iaitu jenama beliau sendiri. Beliau menjalankan perniagaan ini sejak tahun 2017 sehingga kini. Perniagaan yang dijalankan oleh beliau ini adalah kerana minat beliau sendiri dalam bidang kecantikan dan dorongan daripada keluarga. Sebelum menghasilkan produk dengan nama sendiri, beliau menjadi agen dropship bagi produk kecantikan yang lain seperti Nurassya. Beliau seorang yang rajin dan bersungguh-sungguh dalam menjalankan perniagaan.
Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PI
Sebelum penggunaan ICT, beliau tidak tahu menggunakan komputer untuk tujuan pemasaran di atas talian. Produk serum beliau hanya dijual kepada saudara, jiran dan rakan terdekat sahaja. Oleh itu, pendapatan yang diperolehi beliau juga adalah sangat sedikit.
Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI
Selepas menghadiri kelas e-Keusahawanan, Cik Husna telah mempunyai FB Page untuk tujuan pemasaran secara online. Belaiu juga tahu menggunakan FB page untuk promosi dan tahu menyunting gambar menggunakan canva.com. Ilmu baru yang dipelajarinya ialah produk photoshoot yang mana gambar-gambar produk beliau kini lebih cantik dan menarik untuk dipromosikan dalam media sosial. Produk beliau juga mendapat sambutan dari pelbagai pihak dan umur. Oleh yang demikian, pendapatan beliau semakin meningkat.
Usahawan 1 - Tudung Bawal Dan Brownis Cookies
Nama : Izni Hafizah Bt Mohd Razali
Umur : 20 Tahun
Produk : Menjual Tudung Bawal Dan Brownis Cookies
Latar Belakang
Cik Izni merupakan seorang peniaga yang menjual 2 jenis barang iaitu tudung bawal dan brownis cookies. Buat masa sekarang, bagi perniagaan tudung bawal beliau hanya menjadi dropship sahaja dan untuk beberapa bulan lagi beliau akan mengeluarkan tudung bawal jenama sendiri. Bagi perniagaan brownis cookies, beliau menghasilkan sendiri brownis tersebut bersama kakak ipar beliau. Beliau menjalankan perniagaan secara online dan offline. Minat yang mendalam terhadap bidang perniagaan mendorong beliau bersungguh-sungguh dalam menghasilkan produk keluaran sendiri.
Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PI
Sebelum penggunaan ICT, beliau tidak tahu menggunakan komputer dan tidak tahu cara mempromosikan perniagaan diatas talian. Beliau juga tidak pandai untuk berkomunikasi dengan pelanggan dan bagaimana untuk menarik minat pelanggan. Oleh itu, pendapatan yang diperoleh beliau adalah sangat sedikit.
Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI
Selepas penggunaan ICT, beliau sudah tahu cara mempromosikan perniagaan nya di facebook dan media sosial lain. Beliau lebih pandai untuk membuat rekabentuk iklan dan promosi dengan sendiri. Produk yang dijual oleh beliau juga mendapat sambutan dan tempahan dari seluruh kawasan. Oleh yang demikian, pendapatan beliau semakin meningkat
Usahawan 2 - Menjalankan Perkhidmatan Mobile Spa
Nama : Rosidah Bt Hamzah
Umur : 40 Tahun
Produk : Perkhidmatan Mobile Spa dan Menghasilkan Sabun Kecantikan dan Bedak Sejuk
Latar Belakang
Beliau menjalankan perniagaan produk spa berasas bahan semulajadi yang dibuat sendiri oleh Puan Rosidah seperti sabun kecantikan, bedak sejuk, dan sabun untuk doorgift. Beliau juga menjalankan perkhidmatan mobile spa.
Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PI
Pn.Rosidah tidak didedahkan dengan pemasaran diatas talian. Dan hanya promosi dari mulut ke mulut dan aplikasi whatsapp..
Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI
Sudah tahu cara mempromosikan perniagaan nya di facebook dan media sosial lain. Produk semakin berkembang dan teknik promosi lebih berkesan.
Celik IT
Nama : Nor Hanis Farhana Bt Ahmad Zahidi
Umur : 18 Tahun
Latar Belakang
Adik Hanis Farhana merupakan belia lepasan SPM. Dia kerap mengunjungi Pi untuk membuat kerja kursus dan kerja sekolah.
Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PI
Hanya tahu asas menaip dan Microsoft Office Word sahaja.
Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI
Selepas tamat kursus komputer asas Microsoft Office dan Asas Blog, adik Hanis Farhana mempunyai sijil komputer untuk digunakan memohn pekerjaan di masa akan datang. Selain itu kemahiran MS Office Word semakin meningkat dan dia belajar kemahiran baru seperti MS Office Power point dan MS Excel yang mana amant penting dialam IPT dan alam pekerjaan.
Usahawan 1 - Makanan Sunnah Dan Ubat-ubatan
Nama : Nur Farahim Bt Mohd Kasim
Umur : 28 Tahun
Produk : Produk Makanan Sunnah dan Ubat-Ubatan Herba Kampung
Latar Belakang
Cik Farahim merupakan belia bujang yang menjalankan perniagaan produk makanan Sunnah dan ubatan herba jenama Sefarra Healthcare iaitu jenama beliau sendiri.Beliau mempunyai kedai sendiri dan menjalankan perniagaan secara offline.
Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PI
Hanya menjual di kedai dan tidak tahu menggunakan komputer untuk tujuan pemasaran di atas talian.
Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI
Selepas menghadiri kelas e-Keusahawanan, Cik Farahim telah mempunyai FB Page untuk tujuan pemasaran secara online. Belaiu juga tahu menggunakan FB page untuk promosi dan tahu menyunting gambar menggunakan canva.com. Ilmu baru yang dipelajarinya ialah produk photoshoot yang mana gambar-gambar produk beliau kini lebih cantic dan menarik untuk dipromosikan dalam media sosial.