Celik IT
Nama : Hanis Hidayah Bt Abdul Malik
Umur : 18 Tahun
Latar Belakang
Hanis Hidayah merupakan seorang pelajar sekolah Tingkatan 6 di SMK Baling dalam bidang Teknologi Maklumat. Beliau menjadi ahli Pusat Internet Kg Bawah Gunung pada 2016 ketika habis peperiksaan SPM.Beliau suka mengikuti program dan kelas yang dianjurkan oleh Pi untuk menambah kemahiran beliau dalam bidang komputer dan mengumpul sijil untuk kegunaan pada masa akan datang. Oleh kerana kursus yang diambilnya berkenaan teknologi maklumat, adik Hanis banyak menghabiskan masa di Pi untuk belajar tentang IT dan mengulangkaji pelajaran.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Penglibatan hanya terhad dengan penggunaan internet untuk mencari bahan belajar.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Setelah mengikuti kursus Penghasil Video Movie Maker, adik Hanis dan kawan-kawan menyertai pertandingan Menghasilkan Video yang dianjurkan oleh SKMM dan kerap menghasilkan video peribadi dan keluarga dimana beliau menggunakan komputer di Pi sebagai tempat suntingan. Beliau juga kerap terlibat dengan aktiviti dan Kursus yang dianjurkan oleh Pi seperti Program Dashboard, Kelas Asas Blog dan Kelas Multimedia.
Usahawan 2 - Produk Kesihatan
Nama : Siti Aminah Binti Hamzah
Umur : 37 Tahun
Produk : Minyak Belacak Al Banjari
Latar belakang
Pn. Siti Aminah menjadi agen produk tersebut sejak 2014. Produk ini merupakan produk original daripada ramuan Keluarga mertua beliau.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum penggunaan ICT, Pn. Siti Aminah mendapat tempahan di dikalangan kenalan dekat.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas mendapat pendedahan ICT, produk jualannya berjaya dipasarkan di sekitaran Baling dan dan mendapat tempahan dari pelanggan di media sosial.
Usahawan Pengusaha Tadika
Nama : Salmiah Bt Md Zain
Umur : 58 Tahun
Produk : Pengusaha Tadika
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Beliau menggunakan internet untuk membantu beliau sebagai seorang usahawan seperti mempromosikan tadika beliau ke laman sosial dan laman web. Memudahkan beliau mencari bahan-bahan pembelajaran di tadika dan mencari maklumat lain yang berkaitan sesuai dengan kerjaya Puan Salmiah sebagai guru dan usahawan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Dengan membuka tadika sendiri kerana mengetahui peluang yang ada melalui rujukan internet. Peluang tersebut seperti mencari kursus-kursus yang berkaitan untuk membuka tadika, bagaimana prosedur untuk membuka tadika, dan sebagainya. Maklumat tersebut beliau perolehi melalui internet. Antara kursus yang beliau hadiri di Pusat Internet Kg Bawah Gunung adalah Kelas Keusahawanan serta Kelas Asas Komputer dan juga Kelas Pengenalan Komputer.
Usahawan Pengusaha Tadika
Nama : Norizah Binti Abdul Rahman
Umur : 48 Tahun
Suri Rumah /Peniaga Online
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Beliau merupakan seorang suri rumah yang langsung tidak mengetahui penggunaan komputer. Namun begitu beliau sangat berminat untuk berniaga secara online tetapi memikirkan beliau tidak mempunyai kemahiran menggunakan komputer beliau tekad untuk belajar. Anak-anak membelikan beliau smartphone dilengkapi dengan internet untuk kemudahan beliau menjalankan perniagaan. Beliau bermula dengan meneroka perniagaan melalui facebook. Akaun facebook yang diwujudkan oleh anak-anak beliau sendiri. Banyak yang masih tidak beliau ketahui dan untuk belajar bersama anak-anak mereka masing-masing belajar di luar.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Beliau tekad untuk belajar komputer secara formal untuk memperbaiki kehidupan beliau. Beliau mengunjungi Pusat Internet Kg Bawah Gunung dan berdaftar sebagai ahli di sini. Beliau memulakan kelas komputer bersama pengurus dan penolong pengurusnya. Petugas mengajar beliau asas menaip diselang selikan dengan tips-tip2 pemasaran dan promosi melalui internet. Beliau membuat halaman page dalam facebook dan juga membuat blog beliau sendiri dengan bantuan petugas PI.