Usahawan 1 - Membuat Dan Menjual Aiskrim Homemade
Nama : Kassim Bin Bakar
Umur : 58 Tahun
Produk : Aiskrim D’ Embun
Latar Belakang
Encik Kassim mengusahakan perniagaan aiskrim buatannya yang diberi nama Aiskrim D’ Embun sempena nama isterinya iaitu Che Embun. Perniagaan aikrimnya berkembang ke KL dan Selangor yang diluaskan oleh anaknya. Dulu perusahaanya hanyalah secara tradisional iaitu menggunakan tangan sepenuhnya.
Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PI
Kurang sambutan dan strategi pemasaran hanyalah melalui mulut ke mulut. Dan perniagaan lebih kepada offline membuka gerai dan kiosk.
Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI
Mendapat sambutan setelah aikrim d’Embun telah dikenali ramai kerana strategi pemasaran dan promosi di media sosial. Dia juga membuka tempahan catering aiskrim untuk majlis keraian di media sosial FB dan Whastapp group.