Gulai Batang Pisang memang signature dish orang Baling Kedah, terutamanya di kawasan kampung. Nama saja Gulai Batang Pisang tetapi bahagian batang pisang yang digunakan adalah umbut pisang atau rias pisang. Umbut pisang adalah bahagian tengah batang pisang yang lembut dan berwarna putih. Sama saja kalau umbut kelapa.

Gulai batang pisang biasanya di masak untuk majlis kenduri dan lebih sedap gulai batang pisang  menggunakan daging bertulang  lembu atau kambing.

Resepi Batang Pisang

  • 2 ekor ayam kampung
  • 1 pokok umbut pising
  • asam jawa
  • garam
  • 1 cawan serbuk kari daging
  • 1 cawan kerisik
  • 2 tangkai daun kari
  • air
  • santan dari sebiji kelapa – asing bahagian santan pekat dan santan cair
  • minyak untuk menumis.

Bahan tumis

  • 2 batang kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 5 ulas bawang merah dimayang
  • 4 ulas bawang putih dimayang
  • 1 inci halia potong halus

Cara memasak gulai batang pisang

  • Tumis bahan tumisan. Masukkan daun kari.
  • Bancuh serbuk kari dan kerisik dengan air. Bila bahan tumisan dah terbit bau, masukkan campuran serbuk kari dan kerisik.
  • Masak sampai terbit minyak. Masukkan ayam dan santan cair.
  • Bila ayam betul-betul masak dan lembut, masukkan santan pekat, batang pisang, garam dan air asam jawa.
  • Masak lebih kurang 10 minit sehingga umbut pisang dah lembut

Dah siap… sedia untuk dihidangkan. Biasanya sebelum dihidang untuk makan tengah hari memasing dah merasa seorang semagkuk. Inilah istimewanya gulai batang pisang.

gulai batang pisang baling