Usahawan Bazis Motor
Nama : Bahari Bin Abdul Wahab
Umur : 41 Tahun
Produk : Mengusaha bengkel membaiki kereta, menjual alat ganti kenderaan dan produk kenderaan lain.
Latar Belakang
Mengusahakan bengkel membaiki kereta dan menjual alat ganti kenderaan dan produk kenderaan lain.
Bagaimana anda menggunakan internet untuk mencapai kejayaan anda, sila huraikan cerita anda?
Saya menggunakan internet untuk mempromosikan perniagaan bengkel kereta saya dan berhubung secara cepat dengan pelanggan saya menggunakan media sosial.
Bagaimana internet dapat membantu anda di dalam kehidupan?
Saya mampu menguruskan sendiri facebook page bengkel kereta saya untuk tujuan promosi.promosi dapat dijalankan secara atas talian, cepat dan berkesan. pendapatan dapat ditingkatkan.
Celik ICT
Nama : Mohammad Azlizan B Mohammad Jafri
Umur : 20 Tahun
Bagaimana anda menggunakan internet untuk mencapai kejayaan anda, sila huraikan cerita anda?
Saya menggunakan internet untuk mencari jawatan kosong dan peluang pekerjaan.
Bagaimana internet dapat membantu anda di dalam kehidupan?
Saya telah terima banyak temuduga samada dari sektor swasta mahupun kerajaan.
Celik ICT
Nama : Habibah Binti Yaakub
Umur : 43 Tahun
Bagaimana anda menggunakan internet untuk mencapai kejayaan anda, sila huraikan cerita anda?
Internet boleh membantu saya dalam mendalami teknologi terkini dan menggunakannya dalam kehidupan seharian serta mengajar anak saya.
Bagaimana internet dapat membantu anda di dalam kehidupan?
Cuba mendalami teknologi kerana kehidupan anak2 sekarang banyak menggunakan teknologi supaya seseorang ibu tidak tertipu dgn teknologi yang digunakan oleh anak.
Celik ICT
Nama : Mohammad Qhoirul Fahmi Bin Ghazali
Umur : 16 Tahun
Bagaimana anda menggunakan internet untuk mencapai kejayaan anda, sila huraikan cerita anda?
Internet membantu saya membuat kerja-kerja sekolah dan mencari maklumat.saya suka mendengar lagu, saya menggunakan internet untuk mencari dan memuat turun lagu kegemaran saya.
Bagaimana internet dapat membantu anda di dalam kehidupan?
Walaupun saya seorang pelajar yang kurang upaya namun saya lebih pandai menggunakan internet dan komputer berbanding kawan-kawan normal saya yang lain. saya dapat menyiapkan kerja-kerja sekolah yang diberikan guru dengan lebih cepat dan dapat mengulangkaji pelajaran dengan mudah.
Celik ICT
Nama : Abd Wahab Bin Mohd Yusof
Umur : 53 Tahun
- Bagaimana anda menggunakan internet untuk mencapai kejayaan anda, sila huraikan cerita anda.
- Sekarang di tempat kerja, banyak menggunakan internet dan computer. Jadi saya dan suami nekad untuk belajar computer. Kebetulan, PI Kg Bawah Gunung ditubuhkan berhampiran dengan rumah saya. Saya datang ke PI berjumpa petugas PI bertanyakan untuk mendaftar dan belajar ICT di sini. Petugas memberikan borang ahli dan kebetulan Program Latihan Media baru di jalankan, jadi kami bersepakat mendaftar untuk mengikuti latihan media baru dan juga latihan ICT di sini. Sehari kemudian kami memulakan kelas bersama petugas. Kami diberikan penerangan mengenai perkakasan computer, asas computer dan juga pengenalan Microsoft word sebelum meneruskan dengan latihan Media baru. Selama hampir 2 bulan mengikuti kelas latihan di sini, kami Berjaya membuat emel, facebook dan juga blog sendiri. Dan kini telah diaplikasikan penggunaan email di tempat kerja. Saya juga kini sudah pandai melayari laman web kerajaan yang berkaitan dengan kerjaya saya di hospital Baling. Saya kini tidak lagi ketinggalan dalam penggunaan ICT dan mampu bersama-sama rakan-rakan sekerja yang lebih muda. Berbeza dahulu saya hanya mampu melihat mereka melayari laman-laman web kerajaan dan sebagainya.
Bagaimana anda memperbaiki hidup anda setelah mempelajari cara penggunaan internet.
Pengetahuan dalam penggunakan internet secara bijak banyak membantu saya dalam pekerjaan saya. Saya kini boleh mengisi dan melayari laman web HRMIS yang digunakan oleh staf-staf kerajaan untuk memohon cuti dan sebagainya. Jikalau dahulu saya terpaksa meminta pertolongan dari pembantu tadbir dan kawan-kawan, tetapi kini saya mampu menyelesaikan sendiri. Saya bersama suami tekad dan tidak malu untuk mempelajari ICT walaupun usia sudah tua. Pembelajaran ICT pada masa kini sangat penting kerana di mana-mana ICT digunakan.