Usahawan 1 & Celik IT

Nama : Siti Zamzida Bt Zamani

Umur : 38 Tahun

Produk : Membuat Dan Menjual Kuih Sejuk Beku

 

Latar Belakang

Pn. Zamzida sebelum ini hanya menjual kuih secara kecil-kecilan bagi menampung keperluan keluarga. Setelah suami beliau bersara sebagai tentera, Pn. Zamzida dan suami lebih serius menjual kuih siap dan dijadikan sejuk beku. Produk beliau semakin pelbagai.

 

Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Jualannya hanya tertumpu kepada jualan “offline” dan kenalan sahaja.

 

Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Beliau sudah pandai  menggunakan media sosial seperti facebook dan whatsapp untuk jualan dan tempahan. Beliau juga kini pandai menyunting gambar produk supaya lebih menarik untuk di promosikan dalam media sosial.

 

Gambar Disini

Celik ICT

Nama : Mastura Bt Abdullah

Umur : 41 Tahun

 

Latar Belakang

Pn. Mastura Bt Abdullah merupakan seorang suri rumah dan mengambil upah mengasuh kanak-kanak. Pn. Mastura mula mengunjungi Pusat Internet  sejak tahun 2016, untuk urusan fotostat dan cetak sahaja. Kemudian Pn. Mastura berminat untuk menyertai kursus komputer yang dianjurkan oleh PI dan seterusnya menjadi ahli PI pada awal 2017.

 

Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Tiada asas komputer dan tidak tahu langsung menggunakan komputer.

 

Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Setelah  mengikuti kursus MS Office di PI selama 2 bulan Pn. Mastura sudah pandai menggunakan komputer dan dapat menguasai MS office Wors, Excel dan P.Point. Kini Pn. Mastura sudah mempunyai email sendiri dan seakan berminat untuk menceburi bidang perniagaan online sebagai pendapatan sampingan setelah mengetahui PI ada menyediakan Kurusus, bimbingan dan kemudahan lain untuk usahawan dan peniaga.

 

Gambar Disini

Usahawan 1- Wallpaper

Nama : Maraziah Bt Abu Bakar

Umur : 37 Tahun

Produk : Wallpaper Hiasan Rumah

 

Latar Belakang

Pn. Maraziah merupakan seorang guru ICT, walaubagaimanapun dia tidak sepenuhnya mengetahui cara pemasran online. Dia sangat suka berniaga dan menjadikan perniagaan sebagai kerja separuh masa dan pendapatan sampingan. Dia menjual wallpaper sepenuhnya secara atas talian

 

Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Tidak tahu cara menggunakan whatsapp web untuk kemudahan berkomunikasi dengan pelanggan secara lebih mudah dan berkesan. Tidak pernah cuba memasarkan produk di Instagram

 

Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Kini beliau sudah tahu pelbagai teknik pemasaran online dan tahu menggunakan whatsapp web dan sudah mempunyai akaun Instagram sendiri untuk produk yang dijual.

 

Gambar Disini

Usahawan 2- Produk Kecantikan

Nama : Siti Aminah Bt Ashaari

Umur : 35 Tahun

Produk : Jus Ratu Dara

 

Latar Belakang

Pn Siti merupakan seorang suri rumah dan beliau telah menceburi bidang perniagaan sejak 1 tahun lepas bermula di pasar-pasar malam sahaja. Kini beliau mula melangkah lebih jauh dengan menjual produk kecantikkan nya di atas talian. Beliau juga telah mempunyai produk kecantikkan keluarnya sendiri iaitu Sabun Gluta dan Minuman tambahan “Jus Ratu Dara”

 

Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Beliau tidak tahu cara pemasaran atas talian dan hanya mempromosi kan produknya melalui Facebook miliknya  serta hanya mempunyai pelanggan di kalangan rakan serta kenalan sahaja.

 

Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Setelah hadir ke pusat Internet Kg Bawah Gunung, beliau telah melakukan banyak perubahan dgn cara pemasaran nya didalam facebook,Instagram, wechat dan blog. Beliau juga dapat ramai pelanggan dia luar  kawasan dan kini beliau telah mengambil langkah dengan menjinakkan diri dalam facebook adS.

 

Gambar Disini

Usahawan 2 & Celik IT

Nama : Nor Nurul Hafizah Mohd Bakri

Umur : 30 Tahun

Produk : Spa Kecantikan (Chicc Spa & Hair Effect Baling)

 

Latar Belakang

Pn. Fiza merupakan seorang usahawan yang mempunyai Spa milik beliau. Perniagaan  beliau berula sejak tahun 2012. Nama spa beliau adalah Chicc Spa and Hair Effect Baling yang merupakan 100% spa untuk wanita sahaja.Beliau lemah dalam  pengeditan yang merupakan salah satu cara untuk mempromosikan perniagaan beliau. Kini baliau berusaha belajar cara pengeditan dan promosi Spa beliau.beliau juga mahu belajar perkara baru dalam teknik promosi masa kini. namun begitu beliau kurang mahir mengedit bahan promosi untuk pemasaran.

 

Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Walaupun biasa membuat promosi dalam atas talian namun masih lagi tidak tahu pelbagai teknik pemasaran dalam atas talian serta promosi secara berkesan

 

Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Kini beliau sudah tahu pelbagai teknik pemasaran memikat hati wanita untuk datang ke Spa beliau.

 

Gambar Disini