Usahawan 1 - Produk Kesihatan Dan Kecantikan
Nama : Farizah Lainah Abdullah
Umur : 43 Tahun
Produk : Menjadi Agen Jualan Produk Kesihatan Dan Kecantikan
Latar Belakang
Puan Farizah Lainah merupakan seorang surirumah yang agak aktif dalam persatuan, selain itu beliau berminat dalam perniagaan malahan beliau juga telah menjadi agen jualan produk kecantikkan.
Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PI
Beliau hanya membuat jualan secara offline kepada kenalan dan sekeliling beliau
Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI
Beliau banyak hadir ke PI untuk mendapat tunjuk ajar untuk kerja-kerja persatuannya malah, telah menyertai pelbagai program yang dianjurkan, dan mengikuti pelbagai kelas yang diadakan. Selain itu, antara yang menjadi platform beliau untuk memasarkan produk jualan nya adalah Facebook page, Instagram dan Aplikasi My Shop
Celik IT
Nama : Nor Fazila Binti Ismail
Umur : 18 Tahun
Latar Belakang
Cik Fazila merupakan seorang pelajar sekolah. Beliau menjadi ahli Pusat Internet Kg BAwah Gunung pada 2016 ketika habis peperiksaan SPM.Beliau suka mengikuti program dan kelas yang dianjurkan oleh Pi untuk menambah kemahiran beliau dalam bidang komputer dan mengumpul sijil untuk kegunaan pada masa akan datang.
Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PI
Tiada asas komputer dan tidak tahu langsung menggunakan komputer.
Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI
Setelah mengikuti kursus MS Office di PI selama 2 bulan Cik Fazila sudah pandai menggunakan komputer dan dapat menguasai MS office Worsd, Excel dan P.Point. Kini cik Fazila sudah mempunyai email sendiri. Cik Fazila sudah tidak memerlukan tunjuk ajar dari petugas bagaimana untuk cetak dokumen, untuk menggunakan enjin carian dan download bahan dari internet.
Usahawan 1
Nama : Noor Farhana Bt Mohd Hanapiah
Umur : 28 Tahun
Produk : Kerepek Pisang, Kuih Batang Buruk, Hasil Tanaman Sayur-Sayuran dan Buah-Buahan
Latar Belakang
Cik Noor Farhana merupakan seorang OKU dan menolong ayahnya menguruskan perniagaan sub-kontraktor binaan dan secara separuh masa membuat dan menjual kerepek pisang, kuih batang buruk dan hasil tanaman.
Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PI
Tidak tahu bagaimana ingin memperkenalkan produknya yang masih baru kepada penduduk Baling.Tidak pandai menggunakan komputer dan internet untuk urusan e-kerajaan dan e-dagang.
Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI
Beliau sudah pandai menggunakan whatsapp group untuk mempromosikan produknya dan sudah pandai membuat urusan menggunakan e-kerajaan dan e-dagang untuk kemudahan urusan harian dan urusan perniagaannya.
Usahawan 2 - Cendawan Tiram
Nama : Nazariah Binti Saad
Umur : 44 Tahun
Produk : Menganjurkan Kursus Perusahaan Cendawan Tiram, Menjual Cendawan Tiram, Menjual Bongkah Cendawan, Menjual Tepung Goreng.
Latar Belakang
Pn. Nazariah merupakan ibu tunggal yang baru menceburkan diri dalam bidang keusahawanan. Sebelum ini, beliau merupakan kaitangan di pejabat Senator Dato’ Dr Masitah Ibrahim. Tetapi mengambil keputusan berhenti kerja dan memulakan perusahaan tanaman cendawan kerana minat dan potensi tanaman cendawan tersebut.
Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PI
Hanya menggunakan komputer untuk menaip surat. Tidak tahu bagaimana untuk mempromosikan kursus yang dianjurkan dan produk-produk beliau.
Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI
Berjaya menganjurkan Kursus Perusahaan Cendawan dengan kerjasama Pi Kg Bawah Gunung pada 26 Ogos 2017 dan mendapat sambutan untuk menganjurkan Kursus akan datang. Perusahaan cendawan beliau juga dikenali setelah diwar-warkan dan dipromosikan dalam media sosial FB dan Whatsapp. Sudah tahu menggunakan platform media sosial sebagai tempat promosi dan pemasaran.
Usahawan 2- Tudung
Nama : Zailatul Azna Bt Abd Wahab
Umur : 37 Tahun
Produk : Membuat Dan Menjual Tudung Kanak-Kanak
Latar Belakang
Pn. Azna sebelum ini menyewa kedai dan menjual roti canai di Pulai, Baling Kedah dan membuat tudung kanak-kanak sebagai sampingan sahaja. Setelah mempunyai masalah dalam perniagaan warung roti canainya. Dia ingin lebih fokus membuat dan menjual tudung kanak-kanak.
Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PI
Tidak tahu bagaimana ingin memperkenalkan produknya yang masih baru kepada penduduk Baling.
Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI
Beliau sudah pandai menggunakan whatsapp group untuk mempromosikan produknya dan menyunting gambar produknya supaya menarik untuk dipromosikan dalam media sosial.