Latar Belakang

Pn. Aznor merupakan seorang isteri dan seorang ibu yang mempunyai 2 orang cahaya mata.

Beliau seorang ibu yang sangat cekal dan rajin berusaha tanpa mengenal erti penat dan lelah.

Beliau mendapat sokongan daripada suami dan keluarganya untuk menjalankan perniagaan ini.

Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Sebelum penglibatan beliau dengan PI, beliau hanya pasarkan Daging Dendeng di kedai-kedai

yang berdekatan dan untuk tempahan rakan terdekat sahaja. Beliau tidak tahu cara untuk pasarkan

di atas talian dan tidak tahu cara untuk memasukkan produk ke dalam media sosial.

Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Selepas penglibatan beliau dalam Pusat Internet, beliau mengikuti Kelas Keusahawan dan Kelas

Microsoft Office, beliau membuka akaun Shopee dan memasarkan produk beliau di dalam platform

Shopee dan Facebook. Tempahan yang diterima semakin bertambah dan pendapatan beliau juga

semakin meningkat. Kini beliau sudah mempunyai agen sendiri.

 

Latar belakang

Ain Nasuha merupakan belia yang sedang belajar di Universiti Awam. Beliau merupakan anak sulung

daripada 5 orang adik-beradik.

Beliau seorang yang sangat rajin dan bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu perkara.

Beliau bercita-cita menjadi seorang pendidik yang berjaya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Kurang mahir dalam penggunaan komputer dan sukar untuk membuat tugasan yang diberikan oleh pensyarah.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas tamat kursus komputer asas Microsoft Office dan Editing Video, beliau kini sudah mempunyai banyak

kemahiran komputer dan tahu membuat tugasan dengan lebih baik.

 

 

 

Usahawan 1 - Produk Makanan dan Simkad

Nama : Muhamad Baseri Mat Noh

Umur : 34 Tahun

Produk : Popia Cheese Sentap dan Simkad ONEXOX

 

Latar Belakang

Beliau bekerja sebagai Penyelia di Stesen Minyak Petronas Baling. Walaupun sibuk dalam menguruskan hal kerja , beliau tetap menjalankan perniagaan sampingan kerana minat yang mendalam dalam bidang perniagaan dan ingin mengembangkan produk yang beliau hasilkan dengan lebih luas lagi.

 

Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Sebelum penglibatan beliau dengan Pi, beliau hanya tahu menggunakan perisian asas komputer seperti Microsoft office sahaja untuk membuat kerja-kerja beliau dan tidak tahu cara atau platform yang boleh  digunakan untuk mengembangkan lagi perniagaannya

 

Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Selepas penglibatan beliau dengan Pi, beliau telah memperoleh sijil Kursus Komputer. Beliau sudah tahu cara untuk menggunakan perisian komputer. Di samping itu juga, beliau lebih giat mempromosikan barang jualan di media sosial seperti  facebook, whatsapp dan Instagram. Produk yang beliau hasilkan telah mendapat sambutan dari pelbagai tempat dan pendapatan yang beliau peroleh juga semakin meningkat.

 

Gambar Disini

 

Celik IT

Nama : Nur Safra Bt Azhar

Umur : 18 Tahun

 

Latar Belakang

Nur Safra merupakan seorang pelajar lepasan SPM dan gemar menghabiskan masa di PI dan hanya melayari media sosial.

 

Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Hanya tahu membuka youtube dan asas search engine sahaja.Tidak ada kemahiran menggunakan komputer dan tidak sijil kursus komputer.

 

Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Beliau mengikuti kelas komputer yang diadakan di pusat internet. Selepas tamat kursus komputer asas Microsoft Office dan asas Internet, beliau kini telah pandai menggunakan MS Office untuk membuat resume beliau. Beliau juga menggunakan kemahiran komputer dan asas internet untuk mencari dan memohon peluang pekerjaan secara atas talian. Beliau juga pandai membuat video dengan sendiri.

 

Gambar Disini

Usahawan 2 - Produk Kesihatan dan Kecantikan

Nama : Maraziah Bt Abu Bakar

Umur : 49 Tahun

Produk : Vitamin C Serum dan Bird's Nest

 

Latar Belakang

Pn. Maraziah merupakan seorang guru ICT, walaupun beliau sibuk bekerja sebagai seorang guru ia tidak pernah mematahkan semangat beliau kerana beliau sangat suka berniaga dan menjadikan perniagaan sebagai kerja separuh masa dan pendapatan sampingan.

 

Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Sebelum penglibatan beliau dengan Pusat Internet, beliau kurang mahir dalam memasarkan produk dan tidak tahu cara untuk menarik pelanggan untuk membeli produk yang dijual oleh beliau. Beliau tidak tahu bagaimana untuk menggunakan media sosial dalam mempromosikan produk. Oleh itu, hanya kenalan terdekat sahaja yang membeli dan mencuba produk beliau.

 

Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Kini setelah beliau melibatkan diri bersama petugas pusat internet, beliau sudah tahu cara memasarkan produk dan menarik lebih ramai pelanggan untuk mengenali dan membeli produk beliau. Beliau juga sudah mempunyai dropship dan pelanggan tetap

 

Gambar Disini