Usahawan 1 - Perkhidmatan Jahitan
Nama : Nor Syuhaida Bt Khazali
Umur : 30 Tahun
Produk : Menjahit dan Menjual Telekong Berlengan
Latar Belakang
Puan Syuhaida beroperasi secara online dan offline. Menjahit sendiri setiap tempahan yang diterima dengan harga yang sangat berpatutan. Menerima tempahan keperluan baby seperti barut baby,bantal,set tidur kekabu asli, bengkung zip berpantang serta bengkung zap on pantas, decoration stuff, barangan kraf sulaman nama dan barangan tempahan khas seperti telekong kanak-kanak hingga dewasa, tudung berlengan, inner supper sejuk, harem pants, items printing dan pelbagai lagi.
Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PI
Tidak tahu bagaimana memasarkan produk di internet dengan berkesan. Facebook page Puan Syuhaida tidak diselenggara dengan baik. Beliau juga tidak pandai untuk menggunakan Adobe Photoshop atau membuat Photoshoot Produk supaya menjadi lebih menarik.
Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI
Dapat menguruskan FB Page dengan baik dan menggunakan akaun Facebook peribadi untuk menjual dan mempromosikan perkhidmatan jahitannya serta produk jahitannya. Kawan-kawan semakin mengenali produk dan perkhidmatan Pn. Syuhaida Selain itu, Pn. Syuhaida lebih aktif mempromosikan produk beliau di dalam media sosial seperti Whatsapp, Facebook, IG dan Shopee. Pendapatan yang diperoleh oleh beliau semakin meningkat.
Celik IT
Nama : Siti Aishah Shaari
Umur : 31 Tahun
Latar Belakang
Siti Aishah merupakan seorang surirumah. Beliau mempunyai 2 orang cahaya mata. Beliau mengikuti kelas Microsoft Office yang diadakan oleh pusat internet untuk mendapatkan sijil komputer dan mencari pekerjaan.
Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PI
Hanya tahu membuka youtube dan asas search engine sahaja. Beliau tidak pandai untuk menggunakan Microsoft Office untuk melakukan kerja.
Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI
Selepas tamat kursus komputer asas Microsoft Office dan Asas Kesuahawanan, Siti Aishah kini telah pandai menggunakan MS Office untuk membuat resume beliau. Dia juga menggunakan kemahiran komputer dan asas internet untuk mencari dan memohon peluang pekerjaan secara atas talian tanpa bantuan Petugas. Sudah mula minat untuk berniaga secara atas talian sementara menunggu peluan pekerjaan.
Usahawan 1 - Menjual Emas Dan Produk Kecantikan
Nama : Normalakiswani Bt Mohamed
Umur : 33 Tahun
Produk : Emas, Nk Global Beauty Dan Jamu Selapis Dara
Latar Belakang
Pn. Normalakiswani merupakan seorang surirumah dan mempunyai 6 orang cahaya mata. Dengan minat yang mendalam terhadap bidang perniagaan, beliau telah menjalankan beberapa jenis perniagaan untuk membantu menambah pendapatan keluarganya. Walaupun sibuk mengurus anak-anak dan suami, beliau tetap menjalankan perniagaannya dengan baik dan teratur.
Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PI
Sebelum penglibatan beliau dengan Pi, perniagaan yang diusahakan sering kali gagal dan tiada kemahiran promosi di atas talian serta tidak tahu cara pengurusan kewangan yang sistematik.Beliau jugak tidak tahu cara untuk fotoshoot dan mengedit gambar produk supaya gambar menjadi cantik dan menarik.
Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI
Selepas beliau menyertai kelas yang diadakan di Pi, perniagaan beliau semakin mendapat sambutan. Hal ini kerana, beliau sudah mahir untuk mempromosi di atas talian dan dapat menguruskan kewangan dengan sistematik. Beliau juga mahir untuk fotoshoot dan mengedit gambar produk dengan lebih menarik dan unik.
Usahawan 2 - Perniagaan Makanan dan Kesihatan
Nama : Nurul Asyila Bt Abdul Majid
Umur : 30 Tahun
Produk : Perniagaan Coklat Diet dan Produk Sisfel
Latar Belakang
Pn. Asyila seorang surirumah dan mempunyai seorang cahaya mata. Beliau cekap mengurus rumahtangganya dan aktif dalam bidang perniagaan. Beliau mula berniaga semenjak tahun 2017 sehingga kini.
Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PI
Sebelum penglibatan beliau dengan pi, beliau tidak tahu menggunakan komputer dan tidak tahu cara mempromosikan perniagaan diatas talian. Beliau hanya mempromosi kepada jiran-jiran dan saudara terdekat sahaja. Oleh itu, pendapatan yang beliau perolehi sangat sedikit.
Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI
Selepas beliau terlibat dengan pi, beliau sudah tahu cara mempromosikan perniagaan nya di facebook dan media sosial lain. Perniagaan beliau semakin meluas dan mendapat sambutan dari pelbagai pihak. Pendapatan yang diperoleh juga semakin meningkat. Selain itu, beliau juga lebih mahir mengambil gambar produk dan mengedit gambar tersebut setelah mengikuti kelas keusahawanan yang dianjurkan di pusat internet.
Celik IT
Nama : Nur Kesuma Baiduri Bt Md Fouzi
Umur : 10 Tahun
Latar Belakang
Nur Kesuma Baiduri berumur 10 tahun dan masih belajar dalam darjah 4 di Sekolah Bongor. Beliau seorang yang rajin belajar dan aktif dalam bidang kokurikulum dan sukan di sekolahnya. Beliau mempunyai 6 orang adik beradik dan beliau merupakan anak yang keempat. Beliau kerap mengunjungi Pi untuk membuat kerja kursus, kerja sekolah dan mengikuti aktiviti yang dianjurkan di Pi.
Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PI
Sebelum penggunaan ICT, beliau hanya mencari bahan untuk menyelesaikan kerja sekolah dengan berpandukan buku teks sahaja. Beliau tidak pandai untuk menggunakan komputer dan menaip. Beliau juga tidak berminat mengikuti aktiviti yang dianjurkan oleh Pi.
Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI
Selepas menggunakan ICT, beliau sudah pandai untuk mencari bahan rujukan melalui internet bagi menyelesaikan kerja sekolah dan kerja kursus yang diberikan oleh guru. Beliau menjadi lebih cekap menggunakan komputer dan boleh mengajar rakan-rakannya. Kini beliau juga sudah pandai untuk menaip, menggunakan Microsoft Office dan asas Publisher.