Usahawan 1 - Jahitan
Nama : Nor Syuhaida Bt Khazali
Umur : 27 Tahun
Produk : Bengkung
Latar Belakang
Pn. Syuhaida merupakan usahawan jahitan yang baru berjinak-jinak dalam perniagaan online. Pn. Syuhaida datang ke PI untuk belajar adobe photoshop dan kelas keusahawanan INTELsupaya dia dapat menyunting imej produknya untuk dipromosikan dalam media sosial dan tahu bagaimana memulakan perniagaan secara berkesan di media sosial.
Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PI
Tidak tahu bagaimana memasarkan produ di internet dengan berkesan. Facebook page Puan Syuhaida tidak diselenggara dengan baik
Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI
Dapat menguruskan FB Page dengan baik dan menggunakan peluan akaun Facebook peribadi untuk menjual dan mempromosikan perkhidmatan jahitannya serta produk jahitannya. Kawan-kawan semakin mengenali produk dan perkhidmatan Pn. Syuhaida.
Usahawan 1 & Celik IT
Nama : Rashidah Bt Mustafa
Umur : 44 Tahun
Produk : Produk Kesihatan dan Kecantikan (Pengempis Perut Ummi Som)
Latar Belakang
Pn. Rashidah merupakan suri rumah yang baru berjinak-jinak dalam bidang keusahawanan. Pn. Rashidah merupakan graduan dalam bidang akauntan, tetapi telah lama meninggalkan bidang ICT sejak tamat belajar. Revolusi ICT yang pantas menyebabkan Pn. Rashidah ketinggalan dan seakan-akan buta IT. Beliau ingin kembali menguasai bidang ICT untuk memudahkannya memasarkan produk diatas talian.
Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PI
Sukar untuk memasarkan produk di luar daerah Baling.Produk tidak begitu dikenali dan jualan tidak begitu membrangsangkan. Sukar untuk berurusan menggunakan perbankan internet..
Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI
Pasaran produk lebih luas kerana menggunakan medium facebook dan blog. Produk dikenali dan diterima di luar daerah Baling. Kini sudah tahu menggunakan dan menguruskan akaun di perbankan internet.( www.bankislam.biz) untuk urusan jual beli yang lebih senang dan cepat.
Usahawan 2 - Coklat
Nama : Zahrah Binti Ismail
Umur : 37 Tahun
Produk : Coklat Genius
Latar Belakang
Pn.Zahrah menolong suami yang mengusahakan kedai gunting rambut disamping itu membuat produk coklat secara kecil-kecilan dan dijual di kedai-kedai sekitar.
Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PI
Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM700 – RM1000 sahaja sebulan. Jumlah produk/ pelanggan bulanan adalah sedikit.
Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Bawah Gunung Pn.Zahrah dapat menghasilkan label bungkusan untuk produk Coklat Genius supaya lebih menarik.
Celik ICT
Nama : Ahmad Bakri Bin Abdul Mutalib
Umur : 70 Tahun
Latar Belakang
En. Bakri merupakan seorang pesara kerajaan. Diwaktu lapangnya en. Bakri gemar belajar komputer di PI untuk menambahkan kemahiran dalam bidang ICT. Ini bagi memudahkan kerja-kerjanya sebagai ahlijawatankuasa persatuan yang terlibat.
Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PI
Sebelum penggunaan ICT sewaktu zaman bekerja, segala kerja yang berkaitan komputer dilakukan oleh kerani. Setelah bersara, En. Bakri tidak mampu melakukan kerja-kerja rasmi menaip, emel, dan penggunaan internet untuk urusan harian mahupun persatuan.
Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI
Selepas mendapat pendedahan ICT, En. Bakri dapat membuat kerja-kerja menggunakan Microsoft Office Word dan Excel bagi merekod data. Dan dapat berkomunikasi dengan kawan-kawan lama yang juga sudah bersara.
Usahawan 1 - Kuih Siput.
Nama : Surinam Binti Abu Bakar
Umur : 39 Tahun
Produk : Kuih Siput Mak Ecah
Latar belakang
Pn. Surinam bersama-sama iparnya mengusahakan kuih siput. Perusahaannya mendapata sambutan ketika musim perayaan dan mendapat tempahan dari serata tempat sehingga ke luar Baling.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum penggunaan ICT, Pn. Surinam mendapat tempahan di sekitar Baling sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas mendapat pendedahan ICT, kuih siputnya Berjaya dipasarkan di luar Baling.