Celik IT

Nama : Muhammad Alif Alimi Bin Mohd Fauzi

Umur : 18 Tahun

 

Latar Belakang

Muhammad Alif Alimi merupakan pelajar lepasan SPM yang sedang menunggu keputusan SPM. Beliau merupakan anak yang kelima daripada enam orang adik-beradiknya. Ibu dan bapa beliau bekerja sebagai guru di sekolah di Daerah Baling. Muhammad Alif seorang yang sangat rajin dan bersungguh-sungguh untuk mempelajari sesuatu yang baharu terutamanya dalam mempelajari bidang komputer. Beliau sering datang ke Pusat Internet untuk mengikuti kelas dan program yang dianjurkan oleh petugas Pusat Internet Kg Bawah Gunung.

 

Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Sebelum beliau melibatkan diri bersama Pusat Internet, beliau kurang mahir dalam bidang komputer terutamanya cara untuk membuat video, membuat slide dan sebagainya.


Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Selepas mengikuti kelas yang diajurkan oleh petugas Pusat Internet seperti kelas Microsoft Office, Kelas Blog dan Kelas Video, beliau lebih mahir dalam penggunaan komputer dan multimedia. Beliau dapat membuat resume dengan sendiri malah dapat memberi tunjukajar kepada rakan-rakan yang lain dalam bidang komputer ini

 

Gambar Disini

Usahawan 2 - Produk Minuman

Nama : Mohammad Zaini Bin Hasan

Umur : 49 Tahun

Produk : Produk Jus Kurma Pegaga

 

Latar Belakang

Encik Mohammad Zaini merupakan seorang pengetua di Sekolah Maktab Mahmud Baling. Walaupun beliau seorang pengetua dan sangat sibuk dengan tugasannya , beliau tetap menjalankan perniagaan kerana minat beliau yang mendalam dalam bidang tersebut. Beliau memulakan perniagaan ini bermula pada tahun 2018 dan sehingga kini. Produk Jus Kurma Pegaga yang dihasilkan oleh beliau sesuai diminum oleh semua kategori umur dan sangat baik untuk kesihatan tubuh badan serta minda. Selain itu, beliau juga ada menjual madu lebah.

 

Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Tidak tahu bagaimana memasarkan produk di internet dengan berkesan. Beliau juga tidak pandai menggunakan komputer untuk tujuan membuat kerja, menghantar email dan menjalankan perniagaannya.

 

Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Selepas penglibatan bersama Pusat Internet, beliau lebih mahir untuk melakukan kerja, menghantar email dan memarkan produk dia atas talian. Produk yang dikeluarkan oleh beliau dapat dipasarkan di seluruh negeri dan mempunyai lebih ramai agen. Produk beliau juga banyak diletakkan di kedai-kedai dan pasaraua tertentu. Hal ini dapat meningkatkan lagi pendapatan beliau.  

 

Gambar Disini

 

Celik IT

Nama : Nur Syafarina Natasya Bt Yaakob

Umur : 22 Tahun

 

Latar Belakang

Nur Syafarina merupakan belia yang sedang mencari pekerjaan yang sesuai untuk membantu keluarga. Dia tidak mempunyai kemahiran komputer menyebabkan dia sukar untuk mendapatkan pekerjaan.Beliau jugamerupakan  seorang ahli sukarelawan pusat internet dan banyak membantu PI dalam menjalankan program.

 

Sebelum Penggunaan Ict/ Penglibatan Pi

Tiada kemahiran komputer dan belum mendapat pekerjaan.


Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Selepas tamat kursus komputer asas Microsoft Office, Nur Syafarina  kini sudah mempunyai banyak kemahiran komputer dan tahu membuat resume sendiri yang lebih baik. Dia juga sudah pandai memohon pekerjaan secara atas talian.

 

Gambar Disini

Usahawan 1 - Agen Produk Kesihatan dan Kecantikan 

Nama : Che Ne Bt Awang Din

Umur : 65 Tahun

Produk : Agen Produk Unic Global

 

Latar Belakang

Pn. Che Ne Bt Awang Din merupakan serorang ibu tunggal yang mempunyai 6 orang cahaya mata. Beliau seorang ibu yang sangat cekal dan rajin berusaha tanpa mengenal erti penat dan lelah. Walaupun berumur 65 tahun, beliau masih sihat dan masih bersemangat dalam menjalankan perniagaan menjadi agen Produk Unic Global. Antara produk yang ada seperti kopi belali gajah, U-Fokus, U-Bidadari dan lain-lain lagi.

 

Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Perniagaan yang diusahakan sering kali gagal dan tiada kemahiran promosi di atas talian serta tidak tahu cara pengurusan kewangan yang sistematik. Beliau hanya menjual produk Unic Global ini hanya kepada saudara dan rakan terdekat sahaja.

 

Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Selepas penglibatan beliau dalam Pusat Internet, belia tahu cara memrpomosikan perniagaan beliau di internet dengan menggunakan media sosial yang ada seperti Whatsapp dan Facebook serta menggunakan MS Excel untuk membantu menguruskan kewangan secara sistematik. Produk ini juga mendapat sambutan dari merata tempat dan pendapatan yang beliau perolehi semakin meningkat.

 

Gambar Disini

 

Usahawan 2 - Perniagaan Kedai Makanan 

Nama : Kasidah Bt Kasim

Umur : 41 Tahun

Produk : Perniagaan Roti Canai Tiptop Corner

 

Latar Belakang

Puan Kasidah menjalankan perniagaannya sejak tahun 2016 sehingga ini. Perniagaan yang dijalankan oleh beliau adalah hasil kerjasama beliau bersama suaminya. Mereka sama-sama mengusahakan perniagaan Roti Canai Tip Top dari mempunyai sebuah kedai yang kecil sehingga menjadi besar. Jumlah pelanggan yang  semakin ramai menjadikan mereka tidak menang tangan untuk melayan dan mereka mengambil pekerja untuk membantu. Perniagaan mereka dibuka pada setiap hari dan tutup pada setiap hari Selasa sahaja.

 

Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Hanya menjual di kedai dan tidak tahu menggunakan komputer untuk tujuan pemasaran di atas talian. Pada mulanya pelanggan yang hadir hanyalah dari sekitar Daerah Baling sahaja. Tidak ada hebahan melalui media sosial ataupun You Tube. Pendapatan yang diperoleh hanya sedikit sahaja.

 

Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Selepas menghadiri kelas e-Keusahawanan, Pn. Kasidah telah mempunyai Facebook dan Whatsapp untuk tujuan pemasaran secara online. Belaiu juga tahu menggunakan Facebook untuk promosi dan tahu menyunting gambar serta pandai mengambil video perniagaannya untuk dipromosikan. Ilmu baru yang dipelajarinya ialah produk photoshoot yang mana gambar-gambar produk beliau kini lebih cantik dan menarik untuk dipromosikan dalam media sosial. Oleh itu, perniagaan beliau semakin maju dan pelanggan yang hadir adalah dari seluruh tempat. Pendapatan yang diperoleh juga semakin meningkat dan dapat membayar gaji pekerja dengan banyak.

 

Gambar Disini