SEKOLAH KEBANGSAAN TUNKU PUTRA BALING KEDAH MENYIMPAN KHAZANAH KEMERDEKAAN NEGARA | Sekolah Kebangsaan Tunku Putera, Jalan Pegawai, Baling, Kedah Darul Aman yang dahulunya dipanggil Baling English School adalah sebuah lagi tempat tarikan perlancongan di Daerah Baling. Sekolah yang telah menjadi saksi kepada suatu kisah sejarah yang sangat penting buat negara kita Malaysia. Tempat yang suatu masa dahulu telah dilakukan suatu perjanjian penting yang dipanggil PERJANJIAN BALING 1955.
 
Mengikut sejarah, Perjanjian Baling 1955 telah terjadi pada 28 dan 29 Disember 1955 antara Parti Komunis Malaya iaitu Chin Peng dan juga Tunku Abdul Rahman sebagai wakil dari Tanah Melayu. Rombongan Tunku Abdul Rahman Perjanjian ini bertujuan untuk melepas tanah melayu daripada dijajahi oleh pihak komunis. 
 

Satu-satunya produk pelancongan yang tidak terdapat di negeri lain di Malaysia ialah Terowong Komunis yang dibina semasa zaman darurat dan boleh menembusi sehingga 2 kilometer ke dalam negeri Thailand. 

Lokasi Terowong ini berada di Kampung Tanjung Pari, Weng Baling Kedah

 

 

Baling pernah dikaitkan dengan dua teori asal usul kewujudan daerah kedua terbesar di Kedah iaitu peristiwa Raja Ong Maha Perita atau Raja Bersiong dan perkataan Siam (Thailand) Ban-Lin bermaksud Kampung Kera yang masih dipercayai sehingga hari ini.

Teori pertama menurut Hikayat Merong Mahawangsa mengisahkan Raja Bersiong dari keturunan Merong Maha Wangsa yang gemar memakan sayur bayam dengan kuah darah manusia dan dianggap bersikap kejam. Baginda terpaksa melarikan diri dan mencabut gigi siong lalu membaling gigi itu akhirnya dikenali sebagai Baling.

 


Manakala, teori kedua dikaitkan perkampungan Siam dan Burma (Myanmar) diserang oleh kera yang memusnahkan hasil tanaman penduduk. Susulan itu, penduduk menamakan penempatan mereka itu sebagai Ban-Lin. Ban dalam bahasa Siam bermaksud Kampung, manakala Lin pula kera atau Kampung Kera.

Teori nama Baling

Untuk disesuaikan dengan penduduk yang bertutur dalam bahasa Melayu loghat Kedah, sebutan Ban-Lin lama kelamaan bertukar menjadi Baling.

Sebenarnya teori terbabit adalah cerita lisan yang diwarisi masyarakat di beberapa daerah tertentu di Kedah. Kisah ini diceritakan turun temurun sejak dulu lagi hing-galah ke beberapa generasi terutamanya di dalam daerah Baling ini sendiri.

Namun begitu, daerah yang mempunyai keluasan 1,530 kilometer persegi turut mempunyai sejarah pahit tersendiri iaitu peristiwa Rundingan Baling 1955, Ancaman Komunis 1972 dan Peristiwa Memali 1985 yang masih terpahat di hati penduduk daerah Baling.

Hari ini, Baling yang mempunyai lapan mukim semakin tersohor seperti daerah lain iaitu Alor Setar, Kubang Pasu, Yan, Kulim, Pokok Sena, Sik, Bandar Baharu, Langkawi dan Padang Terap yang mempunyai keunikan tempat pelancongan dan tidak terdapat di negeri lain.

 

 

 

Daerah Baling merupakan daerah yang kedua terbesar di negeri Kedah dengan keluasan 1,530 km persegi atau 590.32 batu persegi. Ia bersempadan dengan negara Thailand dan negeri Perak disebelah Timur, bersempadan dengan daerah Sik dan Kuala Muda disebelah Barat manakala daerah Kulim disebelah selatan.

Bentuk muka bumi daerah Baling diliputi dengan kawasan tanah pamah ditengah dan kawasan berbukit bukau di bahagian sempadan Thailand.

 

image gallery