NAMA : AIN NABILA
UMUR : 21 TAHUN
Latar Belakang
Cik Ain Nabila merupakan seorang belia yang sangat cekal dan bersemangat tinggi dalam
hidupnya dan juga perniagaannya. Beliau merupakan seorang yang istimewa dari segi
pendengaran dan pertuturan. Walaubagaimanapun ia tidak pernah menjejaskan semangat beliau
untuk menjalankan perniagaan dan kehidupannya. Beliau sangat berminat dalam bidang
perniagaan dan menceburi bidang ini semenjak tahun 2019 sehingga kini. Pelbagai jenis
perniagaan yang beliau pernah sertai dan kini beliau hanya fokus sebagai agen Kekasih The
Melvins. Beliau juga pernah dianugerahi alat pendengaran sebagai penghargaan beliau mendapat
jualan tertinggi.
Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PI
Tidak tahu bagaimana cara untuk memasarkan produk di internet dengan berkesan. Beliau juga
tidak pandai menggunakan komputer untuk tujuan membuat kerja, menghantar email dan
menjalankan perniagaannya. Perniagaannya sering gagal dan pendapatan yang diperoleh juga
kurang menguntungkan.
Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI
Selepas penglibatan bersama Pusat Internet, beliau lebih mahir untuk melakukan kerja,
menghantar email dan memarkan produk dia atas talian. Beliau menggunakan media sosial dan
Shopee sebagai platform utama untuk memasarkaan produk beliau. Produk yang dikeluarkan oleh
beliau dapat dipasarkan di seluruh kawasan dan mempunyai lebih ramai dropship. Pendapatan
yang beliau perolehi semakin meningkat dan beliau dilantik menjadi agen.