NAMA : SRI SUHAILA BINTI ALI
UMUR : 39 TAHUN
Latar Belakang
Pn. Sri Suhaila merupakan seorang ibu tunggal dan mempunyai 2 orang cahaya mata. Beliau
seorang ibu yang sangat cekal dan rajin dalam menguruskan perniagaannya dan mencari nafkah
demi anak-anaknya. Beliau sangat berminat dalam bidang perniagaan dan menjalankan
perniagaan sebagai agen Sara Anna semenjak tahun 2018 sehingga kini. Beliau sudah
mempunyai dropship dan menguruskan mereka dengan sebaiknya.
Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PI
Perniagaan yang diusahakan sering kali gagal dan tiada kemahiran promosi di atas talian serta
tidak tahu cara pengurusan kewangan yang sistematik. Beliau hanya menjual produk Sara Anna
ini hanya kepada saudara dan rakan terdekat sahaja. Sebelum itu, beliau belum dilantik sebagai
agen kerana jualan yang dilakukan tidak mendapat sambutan. Pendapatan yang diperolehi juga
sangat sedikit.
Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI
Selepas penglibatan beliau dalam Pusat Internet, belia tahu cara mempromosikan perniagaan
beliau di internet dengan menggunakan media sosial yang ada seperti Whatsapp dan Facebook
serta menggunakan platform Shopee sebagai tempat untuk mempromosikan produk beliau.
Beliau juga menggunakan MS Excel untuk membantu menguruskan kewangan secara sistematik.
Produk beliau mendapat sambutan dari merata tempat dan pendapatan yang beliau perolehi
semakin meningkat. Hasil daripada usaha gigih beliau, beliau telah dilantik sebagai agen Sara
Anna dan mempunyai beberapa orang dropship.