Celik ICT

Nama : Abd Wahab Bin Mohd Yusof

Umur : 53 Tahun

 

  1. Bagaimana anda menggunakan internet untuk mencapai kejayaan anda, sila huraikan cerita anda.
  2. Sekarang di tempat kerja, banyak menggunakan internet dan computer. Jadi saya dan suami nekad untuk belajar computer. Kebetulan, PI Kg Bawah Gunung ditubuhkan berhampiran dengan rumah saya. Saya datang ke PI berjumpa petugas PI bertanyakan untuk mendaftar dan belajar ICT di sini. Petugas memberikan borang  ahli dan kebetulan Program Latihan Media baru di jalankan, jadi kami bersepakat mendaftar untuk mengikuti latihan media baru dan juga latihan ICT di sini. Sehari kemudian kami memulakan kelas bersama petugas. Kami diberikan penerangan mengenai perkakasan computer, asas computer dan juga pengenalan Microsoft word sebelum meneruskan dengan latihan Media baru. Selama hampir 2 bulan mengikuti kelas latihan di sini, kami Berjaya membuat emel, facebook dan juga blog sendiri. Dan kini telah diaplikasikan penggunaan email di tempat kerja. Saya juga kini sudah pandai melayari laman web kerajaan yang berkaitan dengan kerjaya saya di hospital Baling. Saya kini tidak lagi ketinggalan dalam penggunaan ICT dan mampu bersama-sama rakan-rakan sekerja yang lebih muda. Berbeza dahulu saya hanya mampu melihat mereka melayari laman-laman web kerajaan dan sebagainya.

 

Bagaimana anda memperbaiki hidup anda setelah mempelajari cara penggunaan internet.

Pengetahuan dalam penggunakan internet secara bijak banyak membantu saya dalam pekerjaan saya. Saya kini boleh mengisi dan melayari laman web HRMIS yang digunakan oleh staf-staf kerajaan untuk memohon cuti dan sebagainya. Jikalau dahulu saya terpaksa meminta pertolongan dari pembantu tadbir dan kawan-kawan, tetapi kini saya mampu menyelesaikan sendiri. Saya bersama suami tekad dan tidak malu untuk mempelajari ICT walaupun usia sudah tua. Pembelajaran ICT pada masa kini sangat penting kerana di mana-mana ICT digunakan.

 

Gambar Disini