Usahawan Air Zam-zam 

Nama : Solehah Binti Mat Noor

Umur : 64 Tahun

Produk : Air Zam-Zam

 

Bagaimana anda menggunakan internet untuk mencapai kejayaan anda, sila huraikan cerita anda?

Internet membantu saya mempromosikan produk perniagaan saya iaitu air zam-zam dan kurma serta memudahkan saya berkomunikasi dengan pelanggan-pelanggan saya.

 

Bagaimana internet dapat membantu anda di dalam kehidupan?

Dapat berkomunikasi dan menghantar dokumen-dokumen menggunakan email dan mencipta kad perniagaan saya. dapat memuat naik gambar-gambar produk untuk tatapan pelanggan.dengan mempromosikan produk jualan secara atas talian, pelanggan saya terdiri daripada mereka yang luar daripada baling.

 

Gambar Disini

Celik IT

Nama : Siti Mariam Binti Abdullah

Umur : 34 Tahun

 

Latar belakang

Siti Mariam merupakan tidak bekerja dan gemar menghabiskan masa di PI untuk hiburan video semata-mata

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Hanya tahu membuka youtube dan asas search engine sahaja.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas tamat kursus komputer asas Microsoft Office dan asas Internet, Siti Mariam kini telah pandai menggunakan MS Office untuk membuat resume beliau. Dia juga menggunakan kemahiran komputer dan asas internet untuk mencari dan memohon peluang pekerjaan secara atas talian.

 

Gambar Disini

 

 

Usahawan Kerisik Tradisional Kak Ani

Nama : Che Ne Awang Din

Umur : 63 Tahun

Produk : Kerisik Tradisional

 

Latar Belakang

Beliau membuat perniagaan Kerisik yang diberi nama Kerisik Tradisinal Kak Ani. Walaupun beliau tidak tahu tentang komputer tetapi beliau bercita-cita tinggi untuk mengembangkan perniagaan beliau. Beliau membuat kerisik secara manual iaitu menumbuk menggunakan lesung yang ditempa khas.

Telephone No: 0 11-4030 7669 Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Puan Che Ni merupakan usahawan kecil yang mempunyai perniagaan kerisik secara kecil kecilan di sekitar kawasan kediaman nya serta kenalan beliau. Beliau hanya memperomosikan secara offline dan tidak meletakkan produknya

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau mengikuti pelbagai aktiviti dan kelas yang diadakan di Pi. Antaranya EUsahawan dan memasukkan produk nya menggunakan aplikasi MyShop dalam Dashboard Komuniti. Kini produk beliau memasuki pasarann secara online.

 

Untuk melihat video dan maklumat sila klik :

https://youtu.be/SycFO3yLfoM

Gambar Disini

 

Usahawan 1 - Perkhidmatan SPA

Nama : Nurul Ema Bt Jasni

Umur : 31 Tahun

Produk : Perkhidmatan Batik Spa

 

Latar belakang

Nurul Ema masih belajar di IKM dalam jurusan spa therapy. Dahulu dia bekerja di sebuah kilang dan nekad berhenti kerana minat dalam bidang kecantikan dan menubuhkan Batik Spa pada 2016. Beliau menggunakan bahan alam semula jadi dan menjadikan kawasan rumah beliau sebagai tempat rawatan.Konsep spa beliau adalah tradisional.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Bekerja di kilang dan tidak tahu bagaimana untuk menjalankan perniagaan atas talian.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Kini beliau giat mempromosikan pakej- pakej mobile spa dan pakej berpantang melalui whatsapp, Instagram dan facebook page.

 

Gambar Disini

Usahawan 2 - Agent Brooch Korea

Nama : Nurul Adnin Bt Mohd Padzil

Umur : 26 Tahun

Produk : Agent Dropship Menjual Brooch Dan Kerongsang Daripada Korea

 

Latar Belakang

Nurul adnin mula berdaftar sebagai ahli pada tahun 2013, beliau sering ke pusat internet kg bawha gunung untuk menggunakan kemudahan internet di sini bagi mengemaskini media sosial beliau iaitu platform utama pemasarannya.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Hanya menggunakan komputer untuk mengemaskini facebook. Dan mempunyai akaun lejer manual buku.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Kini beliau menggunakan komputer untuk menaip kertas kerja, surat dan menggunakan MS Excel untuk lejer akaun perniagaannya.

 

Gambar Disini