Usahawan 1 - Produk Makanan dan Simkad
Nama : Muhamad Baseri Mat Noh
Umur : 34 Tahun
Produk : Popia Cheese Sentap dan Simkad ONEXOX
Latar Belakang
Beliau bekerja sebagai Penyelia di Stesen Minyak Petronas Baling. Walaupun sibuk dalam menguruskan hal kerja , beliau tetap menjalankan perniagaan sampingan kerana minat yang mendalam dalam bidang perniagaan dan ingin mengembangkan produk yang beliau hasilkan dengan lebih luas lagi.
Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PI
Sebelum penglibatan beliau dengan Pi, beliau hanya tahu menggunakan perisian asas komputer seperti Microsoft office sahaja untuk membuat kerja-kerja beliau dan tidak tahu cara atau platform yang boleh digunakan untuk mengembangkan lagi perniagaannya
Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI
Selepas penglibatan beliau dengan Pi, beliau telah memperoleh sijil Kursus Komputer. Beliau sudah tahu cara untuk menggunakan perisian komputer. Di samping itu juga, beliau lebih giat mempromosikan barang jualan di media sosial seperti facebook, whatsapp dan Instagram. Produk yang beliau hasilkan telah mendapat sambutan dari pelbagai tempat dan pendapatan yang beliau peroleh juga semakin meningkat.