Latar Belakang

Pn. Aznor merupakan seorang isteri dan seorang ibu yang mempunyai 2 orang cahaya mata.

Beliau seorang ibu yang sangat cekal dan rajin berusaha tanpa mengenal erti penat dan lelah.

Beliau mendapat sokongan daripada suami dan keluarganya untuk menjalankan perniagaan ini.

Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Sebelum penglibatan beliau dengan PI, beliau hanya pasarkan Daging Dendeng di kedai-kedai

yang berdekatan dan untuk tempahan rakan terdekat sahaja. Beliau tidak tahu cara untuk pasarkan

di atas talian dan tidak tahu cara untuk memasukkan produk ke dalam media sosial.

Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Selepas penglibatan beliau dalam Pusat Internet, beliau mengikuti Kelas Keusahawan dan Kelas

Microsoft Office, beliau membuka akaun Shopee dan memasarkan produk beliau di dalam platform

Shopee dan Facebook. Tempahan yang diterima semakin bertambah dan pendapatan beliau juga

semakin meningkat. Kini beliau sudah mempunyai agen sendiri.