Usahawan 2 - Menjual Produk Kecantikan
Nama : Nurul Husna Bt Jamaludin
Umur : 24 Tahun
Produk : Produk Premium Gold Serum
Latar Belakang
Cik Husna merupakan belia bujang yang menjalankan perniagaan Produk Premium Gold Serum iaitu jenama beliau sendiri. Beliau menjalankan perniagaan ini sejak tahun 2017 sehingga kini. Perniagaan yang dijalankan oleh beliau ini adalah kerana minat beliau sendiri dalam bidang kecantikan dan dorongan daripada keluarga. Sebelum menghasilkan produk dengan nama sendiri, beliau menjadi agen dropship bagi produk kecantikan yang lain seperti Nurassya. Beliau seorang yang rajin dan bersungguh-sungguh dalam menjalankan perniagaan.
Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PI
Sebelum penggunaan ICT, beliau tidak tahu menggunakan komputer untuk tujuan pemasaran di atas talian. Produk serum beliau hanya dijual kepada saudara, jiran dan rakan terdekat sahaja. Oleh itu, pendapatan yang diperolehi beliau juga adalah sangat sedikit.
Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI
Selepas menghadiri kelas e-Keusahawanan, Cik Husna telah mempunyai FB Page untuk tujuan pemasaran secara online. Belaiu juga tahu menggunakan FB page untuk promosi dan tahu menyunting gambar menggunakan canva.com. Ilmu baru yang dipelajarinya ialah produk photoshoot yang mana gambar-gambar produk beliau kini lebih cantik dan menarik untuk dipromosikan dalam media sosial. Produk beliau juga mendapat sambutan dari pelbagai pihak dan umur. Oleh yang demikian, pendapatan beliau semakin meningkat.