Usahawan 2 - Perniagaan Kedai Makanan
Nama : Kasidah Bt Kasim
Umur : 41 Tahun
Produk : Perniagaan Roti Canai Tiptop Corner
Latar Belakang
Puan Kasidah menjalankan perniagaannya sejak tahun 2016 sehingga ini. Perniagaan yang dijalankan oleh beliau adalah hasil kerjasama beliau bersama suaminya. Mereka sama-sama mengusahakan perniagaan Roti Canai Tip Top dari mempunyai sebuah kedai yang kecil sehingga menjadi besar. Jumlah pelanggan yang semakin ramai menjadikan mereka tidak menang tangan untuk melayan dan mereka mengambil pekerja untuk membantu. Perniagaan mereka dibuka pada setiap hari dan tutup pada setiap hari Selasa sahaja.
Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PI
Hanya menjual di kedai dan tidak tahu menggunakan komputer untuk tujuan pemasaran di atas talian. Pada mulanya pelanggan yang hadir hanyalah dari sekitar Daerah Baling sahaja. Tidak ada hebahan melalui media sosial ataupun You Tube. Pendapatan yang diperoleh hanya sedikit sahaja.
Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI
Selepas menghadiri kelas e-Keusahawanan, Pn. Kasidah telah mempunyai Facebook dan Whatsapp untuk tujuan pemasaran secara online. Belaiu juga tahu menggunakan Facebook untuk promosi dan tahu menyunting gambar serta pandai mengambil video perniagaannya untuk dipromosikan. Ilmu baru yang dipelajarinya ialah produk photoshoot yang mana gambar-gambar produk beliau kini lebih cantik dan menarik untuk dipromosikan dalam media sosial. Oleh itu, perniagaan beliau semakin maju dan pelanggan yang hadir adalah dari seluruh tempat. Pendapatan yang diperoleh juga semakin meningkat dan dapat membayar gaji pekerja dengan banyak.