TARIKH : 24 AUGUST 2024
MASA : 09.30 PAGI - 11.00 PAGI
PESERTA:KOMUNITI
OBJEKTIF:
Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) adalah pangkalan data tunggal yang digunakan oleh semua aplikasi yang berasaskan penjaga utama dan kedua di Kementerian Pendidikan Malaysia.Bagi memastikan data penjaga utama dan kedua sentiasa terkini dan mudah diakses, pengemaskinian data pengguna boleh dilaksanakan secara atas talian (online) sepanjang tahun.Sekiranya penjaga utama dan kedua tiada capaian internet dan komputer, ibu bapa boleh memohon kerjasama sekolah untuk membantu dalam mengemaskini maklumat tersebut.
AKTIVITI:
- 1.Layari laman web https://public.moe.gov.my
- 2.Pergi ke bahagian DAFTAR MASUK
- 3.Klik PENGGUNA BARU jika mempunyai ID
- 4.Lengkapkan MAKLUMAT DIRI dan MAKLUMAT AKAUN
TARIKH : 23 AUGUST 2024
MASA : 11.30 PAGI - 12.00 TENGAH HARI
PESERTA: USAHAWAN
OBJEKTIF:
Pemilik kenderaan diesel persendirian berdasarkan kriteria kelayakan tertentu boleh membuat permohonan di bawah kategori BUDI Individu sementara petani kecil dan pekebun kecil boleh memohon di bawah kategori BUDI Agri-Komoditi.
Penerima yang layak di bawah kedua-dua kategori akan disalurkan BUDI MADANI sebanyak RM200 sebulan seiring dengan pelaksanaan penyasaran subsidi diesel.
AKTIVITI:
- 1.Pemohon merupakan warganegara Malaysia;
- 2.Memiliki kenderaan diesel persendirian yang berdaftar dengan JPJ selain kenderaan mewah di bawah usia 10 tahun;
- 3.Kenderaan dimiliki mempunyai cukai jalan yang aktif;
- 4.Pendapatan tahunan individu atau pasangan RM100,000 dan ke bawah.
- 5.Membuat permohonan secara online. https://budimadani.gov.my
- 6.Kemaskini maklumat usahawan.
- 7. Membuat permohonan.
TARIKH : 19 AUGUST 2024
MASA : 11.30 PAGI - 01.00 PETANG
PESERTA: Komuniti
OBJEKTIF:
Aplikasi yang mungkin digunakan oleh penemuduga anda, terdapat pelbagai aplikasi panggilan video yang sering digunakan oleh penemuduga iaitu Zoom, Skype, Google Meet dan Microsoft Teams. Kebiasaannya, masa yang diperuntukkan untuk setiap temuduga secara atas talian adalah bawah 30 minit, antara 30 minit hingga 1 jam dan lebih dari 1 jam. Temuduga secara atas talian tidak jauh perbezaannya dengan temuduga biasa cuma ia memerlukan lebih banyak teknologi seperti komputer riba yang mempunyai kamera dan mikrofon serta internet yang baik.
AKTIVITI:
1. Pertama, elakkan daripada latar belakang yang kotor dan berserabut.
2.Pastikan meja dan kawasan persekitaran anda bersih dan kemas.
3. Elakkan gangguan bunyi juga haruslah dielakkan seperti bunyi kipas, bunyi kenderaan, bayi menangis atau muzik yang bising.
4. Kurangkan pergerakan kerana jika mikrofon anda sensitif, pergerakan itu akan menyebabkan gangguan bunyi semasa sesi temuduga anda.
5. Harus juga menghantar resume anda melalui emel.
6. Pastikan semua maklumat yang diberikan melalui resume sama dengan apa yang anda persembahkan semasa sesi temuduga anda.
TARIKH : 21 AUGUST 2024
MASA : 11.30 PAGI - 12.00 TENGAH HARI
PESERTA : USAHAWAN
OBJEKTIF:
SSM anda akan diperbaharui dan maklumat perniagaan akan dikemaskini dalam sistem SSM. Pastikan untuk menjalankan pembaharuan ini dalam tempoh masa yang ditetapkan untuk mematuhi undang-undang perniagaan di Malaysia.
AKTIVITI:
- 1. Permohonan Pembaharuan Perniagaan boleh dilakukan secara atas talian (Online).
- 2. Pembaharuan pendaftaran perniagaan boleh dibuat bagi jangkamasa satu (1) dan tidak melebihi lima (5) tahun pada setiap pembaharuan.
- 3. Perniagaan yang telah tamat melebih 12 bulan tidak boleh diperbaharui. Pemilik perlu mendaftar semula perniagaan tersebut.
TARIKH : 17 AUGUST 2024
MASA : 10.30 PAGI - 12.00 TENGAH HARI
PESERTA : Komuniti
OBJEKTIF:
Sementara anda mencari kerja baharu, anda boleh mendapat Elaun Mencari Pekerjaan (EMP) selama 3 hingga 6 bulan. Jika dalam tempoh itu anda telah mendapat kerja baharu, PERKESO akan memberi Elaun Bekerja Semula Awal (EBSA). Anda boleh memperolehi 25% dari baki EMP yang belum dibayar. Sekiranya ada mempunyai banyak pekerjaan dan hilang satu atau lebih, anda boleh memohon Elaun Pendapatan Berkurangan (EPB).
AKTIVITI:
1. Kemukakan permohonan dalam tempoh 60 hari dari tarikh hilang pekerjaan. Sebarang kelewatan dalam menghantar permohonan akan menyebabkan claim faedah EIS anda tidak dapat diproses. Ada 2 cara memohon:
- secara online: https://eis.perkeso.gov.my/eisportal/insured/login
- secara manual di pejabat PERKESO berhampiran: https://www.perkeso.gov.my/hubungi-kami/pejabat-perkeso-new/ppn-ppp.html
2. Isi borang tuntutan PERKESO dan lampirkan sekali dengan dokumen berkaitan.
3. Dokumen asal mesti dibawa semasa berjumpa dengan pegawai PERKESO
4. Selepas menghantar permohonan, semak dan simpan slip permohonan tu untuk kegunaan masa depan.
5. Cuma permohonan yang lengkap akan diproses dan disemak ikut syarat kelayakan am, syarat kelayakan caruman bagi menentusahkan kehilangan pekerjaan yang berlaku.
6. Jika kelulusan telah dibuat, bayaran PERKESO akan dimasukkan dalam akaun anda.
7. Anda juga perlu mengikuti Program Penempatan Pekerjaan dalam masa 7 hari selepas pemberitahuan diterima daripada PERKESO.
8. Selain itu, anda mesti melaporkan status anda setiap bulan kepada PERKESO. Jika ada sebarang pertanyaan atau masalah, hubungi talian khidmat pelanggan di 1300-22-8000 atau kunjungi pejabat PERKESO yang berhampiran.