TARIKH : 15 AUGUST 2024

MASA : 09.30 PAGI - 12.30 TENGAH HARI

PESERTA : Guru Kafa

 

OBJEKTIF:
 
Membekalkan guru dengan kemahiran dan pengetahuan asas dalam penggunaan teknologi digital. Ini termasuk memahami cara menggunakan komputer dan perisian asas seperti pemprosesan perkataan dan spreadsheet, serta kemahiran dalam menggunakan internet untuk mencari maklumat dan berkomunikasi melalui e-mel dan media sosial. Selain itu, guru juga didedahkan kepada prinsip asas keselamatan siber untuk melindungi maklumat peribadi dan memahami ancaman dalam talian. Pembelajaran ini turut menekankan etika penggunaan teknologi, serta pengenalan kepada konsep pemikiran komputasi dan penyelesaian masalah untuk menggalakkan pemikiran logik dan kreatif.
 
AKTIVITI:
 
1. Melakar Carta Organisasi
2. Mewujudkan Pangkalan Data
3. Menyisih Data Mengikut Susunan, Header dan Footer
4. Memasukkan Kesan Grafik
5. Latihan Ulangkaji
 
 
 
 

TARIKH : 10 AUGUST 2024

MASA : 02.30 PETANG - 05.30 PETANG

PESERTA: Pelajar Sekolah Menengah

 

OBJEKTIF:

Membimbing pelajar sekolah menghasilkan kerja kursus yang merupakan tugasan menggunakan microsoft. Oleh itu, asas microsoft kini merupakan kepentingan dan juga kemahiran yang harus dimiliki oleh setiap golongan pada masa kini yang kian terdedah dengan teknologi dan juga urusan atas talian. 

 

AKTIVITI:

1. Memastikan kehendak tugasan yang diperuntukkan oleh sekolah.

2. Menerangkan maklumat folio dengan menggunakan microsoft WORD.

3. Membentuk pembentangan menggunakan microsoft POWER POINT.

4. Mengemaskini data maklumat yang harus dimasukkan ke dalam folio menggunakan Microsoft EXCEL.

 

Gambar Disini

TARIKH : 06 AUGUST 2024

MASA : 10.00 PAGI - 10.30 PAGI

 

OBJEKTIF:

Pengenalan pembelajaran yang diberikan kepada golongan khas daripada PPDK sungai Limau turut sedikit sebanyak meningkatkan kemahiran diri dalam aktiviti fizikal dan kemahiran ilmu teknologi. Selain itu, kreativiti pelajar juga dapat ditingkatkan melalui aktiviti yang melibatkan cara penyelesaian masalah dan juga kreatif dalam menghasilkan sesuatu.

 

AKTIVITI:

1.Menyampaikan fungsi penggunaan keyboard dan tetikus komputer.

2.Memberi pendedahan dalam penyelesaikan masalah dengan cara yang lebih kreatif dalam menghasilkan sesuatu.

3. Menyusun atur aktiviti bagi mengajari pelajar mengurus masa aktiviti.

Gambar Disini

 

TARIKH : 06 AUGUST 2024

MASA : 10.30 PAGI - 11.30 PAGI

 

OBJEKTIF:

Memberikan pendekatan kepada pelajar khas dalam memahami asas microsoft power point. Kemahiran teknologi pada masa kini tiada batas umur atau hak spesifik kepada orang normal sahaja, oleh itu golongan PPDK turut kami dedahkan dengan penggunaan asas microsoft yang akan membantu mereka pada masa akan datang.

 

AKTIVITI:

1. Memberi penjelasan ringkas cara menghasilkan bendera menggunakan POWER POINT.

2. Menggunakan tool yang tersedia dalam bentuk SHAPE untuk membentukkan bendera.

3. Memasukkan warna mengikut task yang diberi.

Gambar Disini

 

TARIKH : 06 AUGUST 2024

MASA : 11.30 PAGI - 11.45 PAGI

 

OBJEKTIF:

Membantu memberi peluang kepada pelajar PPDK ini memikirkan cara penyelesaian masalah yang lebih kreatif bagi memastikan susunan blok tersebut tidak runtuh.

 

AKTIVITI:

1. Memberi tutorial cara permainan dijalankan.

2. Menjelaskan secara mudah dalam menyelesaikan permainan dan penentukan pemenang.

Gambar Disini

 

TARIKH : 06 AUGUST 2024

MASA : 11.45 PAGI - 12.15 PAGI

 

OBJEKTIF:

Membantu pelajar mempunyai daya saing dalam penyelesaian permainan.

 

AKTIVITI:

1. Memberi penjelasan permainan.

2. Membantu dalam membahagikan kumpulan

Gambar Disini

 

TARIKH : 06 AUGUST 2024

MASA : 12.15 PAGI - 12.30 PAGI

 

OBJEKTIF:

Memahirkan daya ingatan pelajar dalam menyusun atur mengikut gambaran sebelum.

 

AKTIVITI:

1. Memberitahu cara bermain.

2. Menyatakan gambaran yang perlu diselesaikan.

3. Merekod masa yang digunakan untuk menyelesaikan permainan.

Gambar Disini

 

TARIKH : 07 AUGUST 2024

MASA : 08.30 PAGI - 04.30 PETANG

PESERTA: Komuniti Usahawan KEDA

 

OBJEKTIF:

Meningkatkan kesedaran jenama, membentuk identiti jenama yang konsisten, dan membina interaksi serta kepercayaan pelanggan. Ini juga melibatkan promosi produk, meningkatkan jualan, serta memantau dan menganalisis data untuk penambahbaikan. Selain itu membantu komuniti KEDA itu sendiri mempromosikan kelebihan perniagaan tempatan yang terdapat dalam penempatan mereka. Hal ini turut mendorong kawasan mereka mendapat perhatian luar dari segi sektor perniagaan dan hasil produk tempatan.

 

AKTIVITI:

1. Pengenalan kepada NADI
2. Pengenalan Branding
3. Branding Melalui Tiktok
4. Branding Melalui Facebook
5. Branding Melalui Instagram
6. Penyampaian Cenderahati dan Bersurai
 
 
 

TARIKH : 04 AUGUST 2024

MASA : 04.30 PETANG - 05.30 PETANG

PESERTA: Pegawai Jabatan Pertahanan Awam

 

OBJEKTIF:

Perkhidmatan Radio Amatur wujud di setiap negara dan menggunakan frekuensi yang sama. Di Malaysia, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) adalah satu badan yang telah dipertanggungjawabkan di atas perkhidmatan radio amatur. Untuk mengendalikan stesyen radio amatur, pengendali radio amatur diwajibkan memiliki Apparatus Assignment (AA) atau lesen radio amatur dan pengendali radio amatur asing mempunyai lesen yg dikeluarkan oleh negaranya yang juga diiktiraf oleh Malaysia.

 

AKTIVITI:

1. Pendaftaran pengguna untuk portal e-SPECTRA (User Registration) https://espectra.mcmc.gov.my/

2. Kemaskini Maklumat Pengguna

3. Maklumat Akaun (Web Account Information)

4. Pendaftaran Berjaya (Registration Successful)

 

Gambar Disini