TARIKH : 05 OKTOBER 2024
MASA : 09.00 PAGI - 01.30 PETANG
PESERTA: 7 Usahawan Tiktok
OBJEKTIF:
Memberi pendedahan cara membuat pemasaran lebih efektif dalam platform TIKTOK yang merupakan aplikasi utama dalam dunia perniagaan masa kini. Hal ini, turut memberi pemahaman cara mengira komisen dan juga menaikkan view akaun setiap usahawan.
AKTIVITI:
1. Pengenalan tentang kursus yang NADI sediakan iaitu EMAHIR
2. Mempromosikan program usahawan 101 yang bakal dijalankan.
3. Memberi pendedahan tentang perkara yang dilarang ketika berniaga dalam akaun tiktok.
4. Cara mengira komisen daripada platform tiktok.
5. Meningkatkan pemahaman dalam menghasilkan CONTENT bagi memastikan VIEW meningkat.
TARIKH : 26 SEPTEMBER 2024
MASA : 11.30 PAGI - 12.30 TENGAH HARI
PESERTA: Komuniti Kariah WENG
TARIKH : 26 SEPTEMBER 2024
MASA : 09.30 PAGI - 10.00 PAGI
PESERTA: Komuniti masjid AL HANAN WENG
OBJEKTIF:
Bahan buangan/sisa elektrik dan elektronik atau lebih dikenali sebagai e-waste adalah barang-barang kelengkapan/peralatan yang tidak lagi digunakan oleh pengguna asal (original user) dan tidak lagi memberi apa-apa nilai kepada pengguna tersebut.
AKTIVITI:
PENERANGAN TENTANG EWASTE KEPADA KOMUNITI
Di Malaysia, e-waste disenaraikan sebagai salah satu buangan terjadual di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005. Ia ditakrifkan sebagai buangan daripada pemasangan elektrik dan elektronik yang mengandungi komponen seperti akumulator, suis raksa, kaca daripada tiub sinar katod dan kaca teraktif atau kapasitor bifenil terpoliklorin yang lain, atau yang dicemari dengan kandungan kadmium, raksa, plumbum, nikel, kromium, kuprum, litium, perak, mangan atau bifenil terpoliklorin.
E-waste dikategorikan sebagai bahan buangan terjadual (scheduled waste) kerana mempunyai ciri-ciri seperti kebolehnyalaan (ignitability), menghakis (corrosivity), bertindakbalas (reactibility) dan juga toksik (toxicity). Memandangkan E-waste mempunyai risiko kepada kesihatan manusia dan merupakan satu ancaman kepada alam sekitar, ia akan dikumpul dan dihantar ke kemudahan pemerolehan kembali atau dikenali juga sebagai recovery facility. Disini, proses kitar semula e-waste akan berlaku. E-waste yang dihantar akan melalui beberapa proses penting sebelum menjadi logam berharga yang akan digunakan semula untuk menghasilkan produk elektrik dan elektronik yang baru.
TARIKH : 26 SEPTEMBER 2024
MASA : 10.00 PAGI - 11.30 PAGI
PESERTA: Komuniti Kariah WENG
OBJEKTIF:
Meningkatkan kemahiran penyelesaian masalah dalam menyelesaikan misi yang diberikan melalui permainan MUSANG BERJANGGUT.
AKTIVITI:
1.Memberi penerangan cara aktiviti dijalankan.
2. Menyediakan bahan permainan
3. Menetapkan masa bagi meneyelesaikan aktiviti.
4. Memberi penghargaan kepada pemenang dan saguhati kepada tempat kedua.
TARIKH : 24 SEPTEMBER 2024
MASA : 12.30 TENGAH HARI - 01.00 PETANG
PESERTA: USAHAWAN
OBJEKTIF:
PERUBAHAN MAKLUMAT PERNIAGAAN SSM (EZBIZ) Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah menyediakan satu portal EzBiz kepada para peniaga untuk mendaftar perniagaan secara online. Ia bertujuan untuk memudahkan para peniaga untuk berdaftar syarikat dan mengemaskini secara online tidak kira jenis perniagaan yang dijalankan.
AKTIVITI:
- 1.Layari laman web https://ezbiz.ssm.com.my/
- 2.Ezbiz ssm login dengan Log Masuk menggunakan ID dan kata laluan yang telah didaftarkan dan disahkan
- 3.Klik bahagian ‘My Business Service’
- 4.Pilih ‘Business Change’
- 5.Kemudian pendaftaran perniagaan anda akan dipaparkan.
- 6.Sila pilih perniagaan dalam senarai ‘Select Business’.