TARIKH : 19 AUGUST 2024
MASA : 11.30 PAGI - 01.00 PETANG
PESERTA: Komuniti
OBJEKTIF:
Aplikasi yang mungkin digunakan oleh penemuduga anda, terdapat pelbagai aplikasi panggilan video yang sering digunakan oleh penemuduga iaitu Zoom, Skype, Google Meet dan Microsoft Teams. Kebiasaannya, masa yang diperuntukkan untuk setiap temuduga secara atas talian adalah bawah 30 minit, antara 30 minit hingga 1 jam dan lebih dari 1 jam. Temuduga secara atas talian tidak jauh perbezaannya dengan temuduga biasa cuma ia memerlukan lebih banyak teknologi seperti komputer riba yang mempunyai kamera dan mikrofon serta internet yang baik.
AKTIVITI:
1. Pertama, elakkan daripada latar belakang yang kotor dan berserabut.
2.Pastikan meja dan kawasan persekitaran anda bersih dan kemas.
3. Elakkan gangguan bunyi juga haruslah dielakkan seperti bunyi kipas, bunyi kenderaan, bayi menangis atau muzik yang bising.
4. Kurangkan pergerakan kerana jika mikrofon anda sensitif, pergerakan itu akan menyebabkan gangguan bunyi semasa sesi temuduga anda.
5. Harus juga menghantar resume anda melalui emel.
6. Pastikan semua maklumat yang diberikan melalui resume sama dengan apa yang anda persembahkan semasa sesi temuduga anda.