TARIKH : 15 AUGUST 2024

MASA : 09.30 PAGI - 12.30 TENGAH HARI

PESERTA : Guru Kafa

 

OBJEKTIF:
 
Membekalkan guru dengan kemahiran dan pengetahuan asas dalam penggunaan teknologi digital. Ini termasuk memahami cara menggunakan komputer dan perisian asas seperti pemprosesan perkataan dan spreadsheet, serta kemahiran dalam menggunakan internet untuk mencari maklumat dan berkomunikasi melalui e-mel dan media sosial. Selain itu, guru juga didedahkan kepada prinsip asas keselamatan siber untuk melindungi maklumat peribadi dan memahami ancaman dalam talian. Pembelajaran ini turut menekankan etika penggunaan teknologi, serta pengenalan kepada konsep pemikiran komputasi dan penyelesaian masalah untuk menggalakkan pemikiran logik dan kreatif.
 
AKTIVITI:
 
1. Melakar Carta Organisasi
2. Mewujudkan Pangkalan Data
3. Menyisih Data Mengikut Susunan, Header dan Footer
4. Memasukkan Kesan Grafik
5. Latihan Ulangkaji