TARIKH : 17 AUGUST 2024

MASA : 10.30 PAGI - 12.00 TENGAH HARI

PESERTA : Komuniti

 

OBJEKTIF:

Sementara anda mencari kerja baharu, anda boleh mendapat Elaun Mencari Pekerjaan (EMP) selama 3 hingga 6 bulan. Jika dalam tempoh itu anda telah mendapat kerja baharu, PERKESO akan memberi Elaun Bekerja Semula Awal (EBSA). Anda boleh memperolehi 25% dari baki EMP yang belum dibayar. Sekiranya ada mempunyai banyak pekerjaan dan hilang satu atau lebih, anda boleh memohon Elaun Pendapatan Berkurangan (EPB).

 

AKTIVITI:

1. Kemukakan permohonan dalam tempoh 60 hari dari tarikh hilang pekerjaan. Sebarang kelewatan dalam menghantar permohonan akan menyebabkan claim faedah EIS anda tidak dapat diproses. Ada 2 cara memohon:

2. Isi borang tuntutan PERKESO dan lampirkan sekali dengan dokumen berkaitan.

3. Dokumen asal mesti dibawa semasa berjumpa dengan pegawai PERKESO

4. Selepas menghantar permohonan, semak dan simpan slip permohonan tu untuk kegunaan masa depan.

5. Cuma permohonan yang lengkap akan diproses dan disemak ikut syarat kelayakan am, syarat kelayakan caruman bagi menentusahkan kehilangan pekerjaan yang berlaku.

6. Jika kelulusan telah dibuat, bayaran PERKESO akan dimasukkan dalam akaun anda.

7. Anda juga perlu mengikuti Program Penempatan Pekerjaan dalam masa 7 hari selepas pemberitahuan diterima daripada PERKESO.

8. Selain itu, anda mesti melaporkan status anda setiap bulan kepada PERKESO. Jika ada sebarang pertanyaan atau masalah, hubungi talian khidmat pelanggan di 1300-22-8000 atau kunjungi pejabat PERKESO yang berhampiran.

 

Gambar Disini