Tangan dan kuku mudah terdedah kepada pelbagai kuman dan kotoran. Kebanyakan aktiviti harian memerlukan penggunaan anggota tubuh ini.
Misalnya : makan, mencapai barang, menulis, bersalaman dan sebagainya. Oleh itu penjagaan kebersihan tangan dan kuku amat penting untuk mengelakkan mudah terkena jangkitan atau menjadi punca penyebaran kuman kepada orang lain.
Adakah kita memberikan perhatian secukupnya berkenaan kebersihan tangan dan kuku serta penjagaan kesihatan anggota tersebut ? Adakah kita menyampaikan maklumat ini kepada anak-anak kita? Adakah kita mencuci tangan ?
*sebelum, semasa dan selepas menyediakan makanan
*sebelum makan/ selepas makan
*sebelum dan selepas merawat /menyentuh orang sakit
*selepas menggunakan tandas
*selepas menghembus hidung, batuk atau bersin
*selepas menyentuh haiwan atau benda-benda kotor
Apabila mencuci tangan bahagian bawah kuku juga perlu dibersihkan dan kemudian dilap kering.
Penggunaan sabun dan air adalah cara terbaik mencuci tangan.
Penjagaan kesihatan kulit tangan dan kuku :
*Cuci dengan sabun yang lembut dan air.
*Gunakan pelembab / losyen (kelembapan semulajadi mungkin berkurangan akibat terdedah kepada sekitaran kering, cuaca atau bahan kimia/pencuci berulangan).
*Sentiasa periksa kuku dan kulit.
*Pastikan kuku sentiasa pendek.
*Rawat jika mempunyai masalah kulit, alahan atau jangkitan pada kuku dan kulit.
*Elakkan menggigit atau mencungkil kuku.
Salam semua,
Majlis Perlancaran Kelas Zumba AAP Zumba Fitness
Tarikh : 3 November 2017
Masa : 8.30 malam
Tempat : Dewan Tun Razak (Lama) Pekan Baling
Perasmian Oleh : Puan Suriati Binti Che Mid
Ketua Puteri UMNO Bahagian Baling
Jom beramai-ramai ke perlancaran Kelas Zumba kami. Pendaftaran pada jam 8.30 Malam..
.
.
Promosi Khas...Hanya RM3 untuk penyertaan perlancaran..
Cabutan bertuah disediakan..pelbagai hadiah misteri menanti anda...
juga istimewa pemenang cabutan akan mendapat T-Shirt Exclusive AAP Zumba Fitness.
Semua dijemput hadir memeriahkan Majlis Perlancaran Gilang Gemilang ini!!!
Lets Dance with AAP Zumba Fitness & Gym Baling!!
Healthy.Fit.Better
Jom like n share Page AAP Zumba Fitness
Rahim wanita ialah satu organ dalaman yang sangat berharga. Ia merupakan organ kurniaan Allah untuk membezakan antara lelaki dan perempuan. Rahim ibarat "enjin" bagi wanita. Kalau rosak memang tak ada ganti or sparepart dah. So, setiap wanita wajib jaga aset penting nie sebaiknya.
Namun bagi wanita lepas bersalin atau wanita lasak berisiko untuk mengalami rahim yang tidak sihat. Jika tidak dirawat akan menyebabkan komplikasi teruk dan rosak. Nauzubillah.
TANDA RAHIM TIDAK SIHAT 😰
1. Sakit Tumit
Tumit sering sakit berdenyut dan menyucuk-nyucuk secara tiba-tiba. Rasa ini lebih kerap bila banyak berjalan, berdiri atau angkat barang berat serta beban pada perut.
2. Sakit Telapak Kaki
Rasa sengal-sengal, dan bisa-bisa urat pada tapak kaki... Rasa kejang dan menyucuk sekitar tapak kaki.
3. Sakit Pinggang
Sering sakit di sekeliling pinggang hingga ke papan punggung dan ke atas urat belikat. Sakit pinggang ni lebih kurang macam lenguh dan rasa senggugut juga, tapi diluar waktu datang bulan.
4. Sakit Ari-ari
Bahagian bawah perut hingga ke pangkal peha. Rasa sengal dan lenguh pada pangkal paha hingga merebak ke lutut.
5. Kerap Kencing atau kencing tak lawas
Mudah terkencing bila bersin, batuk atau ketawa. Mudah juga di jangkiti dengan penyakit kencing kotor serta rasa ngilu sakit ketika buang air kecil.
6. Sakit Ketika Bersetubuh
Sakit ketika melakukan hubungan kelamin. Sukar melakukan hubungan suami isteri dan sering merasa sakit pada bahagian ari-ari setiap kali bersetubuh. Perkara ni, juga boleh merosakkan hubungan suami isteri.
7. Kentut Vagina
Sering mengalami kentut vagina. Maknanya, rahim bermasalah dan vagina kembang.
8. Selalu Kembung Perut
Badan berangin dan sering kembung perut. Badan mudah masuk angin, dan perut menyucuk akibat angin dalam rahim dan perut.
9. Sentiasa Basah,
Vagina berair dan berbau. Berlaku keputihan luar biasa dan salah satu tanda peranakan kembang.
CARA MENGATASI
1. Berurut
Pergilah berurut untuk naikkan rahim dan betulkan kedudukan rahim.
2. Bertungku
Selalu bertungku, dibahagian rahim tolak perlahan naik ke atas. Bertungku sama ada moden atau tradisional.
3. Berpantang
Jaga pemakanan walaupun dah lepas habis berpantang. atau anak-anak dah besar. Elakkan makanan sejuk, banyak air dan ais. Lebihkan makan makanan yang segar, air suam dan pemakanan seimbang.
4. Makan Jamu atau Supplement
Bagi wanita lepas bersalin, digalakkan makan jamu untuk jaga peranakan dan kesihatan organ dalaman wanita. Yang pasti pilih yang halal dan disahkan oleh KKM.
5. Elakkan Angkat Benda Berat
Elakkan buat aktiviti lasak dan angkat benda berat. Biasa lepas bersalin rahim memang mudah turun sebab otot rahim lemah sebab urat sekeliling tu dah mengembang masa mengandung. Jadi, kalau baru setahun dua tu, rasa badan dah sihat pun, elakkan angkat benda berat walaupun dukung anak. Bagi en.somi je la yang dukung jika waktu dia ada. Jika waktu dia tiada boleh guna stroller. Nak dukung boleh tapi bukan waktu yang lama dan kerap.
6. Buat Senaman Menaikkan Rahim
Buat senaman kagel.
7. Pakai bengkung.
Amalan memakai korset atau bengkung juga membantu memulihkan rahim
Demam denggi adalah sejenis penyakit jangkitan virus yang merebak melalui gigitan nyamuk Aedes aegypti yang telah dijangkiti.
Terdapat empat (4) jenis virus yang boleh menyebabkan demam denggi (DEN 1, DEN 2, DEN 3 dan DEN 4).
Jangkitan oleh salah satu jenis virus akan memberikan imuniti terhadap virus jenis itu sahaja, jika individu tinggal di kawasan jangkitan denggi, mereka boleh di jangkiti lebih dari sekali seumur hidupnya.
Bagaimanakah untuk mengetahui saya berkemungkinan menghidap demam denggi?
Pesakit akan mengalami tanda-tanda dan gejala selepas 5-6 hari gigitan nyamuk seperti:
- Demam panas
- Sakit kepala
- Sakit tulang belakang
- Sakit sendi-sendi
- Loya dan muntah-muntah
- Sakit biji mata
- Ruam
Apakah yang akan terjadi sekiranya saya tidak mendapatkan rawatan?
Demam denggi terdiri daripada demam denggi biasa atau demam denggi berdarah yang boleh membawa maut.
Demam denggi berdarah mempunyai tanda-tanda di atas dan juga pendarahan seperti:
- Mudah lebam
- Pendarahan di bawah kulit, pada hidung atau gusi
- Ia boleh diikuti dengan pendarahan seluruh badan yang juga membawa maut
Apakah rawatan untuk demam denggi?
Masih tiada rawatan khas untuk demam denggi. Pesakit yang mengalami tanda-tanda dan menunjukkan gejala-gejala demam denggi hendaklah mendapatkan rawatan segera. Pesakit akan diberikan ubat demam dan dinasihatkan berehat serta digalakkan minum air. Pesakit akan dimasukkan ke dalam wad sekiranya disyaki menghidap demam denggi berdarah.
Apakah perlu saya lakukan untuk mencegah demam denggi?
Terdapat pelbagai jenis cara untuk mencegah demam denggi :
- Memastikan tiada tempat pembiakan nyamuk
- Membuang bekas yang boleh menakung air
- Pastikan tangki air, bekas tadahan hujan seharusnya ditutup
- Pastikan pasu-pasu bunga dan bekas tadahan dibuang airnya sekurang-kurangnya seminggu sekali
- Pastikan saliran atap sentiasa mengalir
- Membela ikan di dalam kolam ikan untuk mengurangkan jentik-jentik
- Menggunakan semburan serangga untuk membunuh nyamuk
- Mengambil langkah-langkah melindungi diri untuk mengelakkan gigitan nyamuk seperti
- Pastikan tingkap dan pintu sentiasa ditutup
- Sapukan ubat penghalau nyamuk pada anggota terdedah kepada gigitan nyamuk
- Memakai baju berwarna cerah dan berlengan panjang dan seluar panjang sewaktu keluar rumah
- Pasangkan ubat lingkaran nyamuk dan ubat nyamuk elektrik di kawasan tertutup