Tangan dan kuku mudah terdedah kepada pelbagai kuman dan kotoran. Kebanyakan aktiviti harian memerlukan penggunaan anggota tubuh ini.

Misalnya : makan, mencapai barang, menulis, bersalaman dan sebagainya. Oleh itu penjagaan kebersihan tangan dan kuku amat penting untuk mengelakkan mudah terkena jangkitan atau menjadi punca penyebaran kuman kepada orang lain.

 

Adakah kita memberikan perhatian secukupnya berkenaan kebersihan tangan dan kuku serta penjagaan kesihatan anggota tersebut ? Adakah kita menyampaikan maklumat ini kepada anak-anak kita? Adakah kita mencuci tangan ? 

*sebelum, semasa dan selepas menyediakan makanan 
*sebelum makan/ selepas makan 
*sebelum dan selepas merawat /menyentuh orang sakit 
*selepas menggunakan tandas 
*selepas menghembus hidung, batuk atau bersin 
*selepas menyentuh haiwan atau benda-benda kotor 

Selain daripada mencuci tangan, perhatian juga harus kepada kebersihan kuku. Potong kuku untuk mengelakkan kuman atau kotoran terlekat dicelah kuku yang panjang. 

Apabila mencuci tangan bahagian bawah kuku juga perlu dibersihkan dan kemudian dilap kering. 

Penggunaan sabun dan air adalah cara terbaik mencuci tangan. 

Penjagaan kesihatan kulit tangan dan kuku : 

*Cuci dengan sabun yang lembut dan air.
*Gunakan pelembab / losyen (kelembapan semulajadi mungkin berkurangan akibat terdedah kepada sekitaran kering, cuaca atau bahan kimia/pencuci berulangan). 
*Sentiasa periksa kuku dan kulit. 
*Pastikan kuku sentiasa pendek. 
*Rawat jika mempunyai masalah kulit, alahan atau jangkitan pada kuku dan kulit. 
*Elakkan menggigit atau mencungkil kuku.