Covid-19 : Makluman ! Dalam usaha mengurangkan risiko penyebaran jangkitan Covid-19,

semua Klinik Pergigian KKM kini menjalankan penjarakan fizikal.
Anda PERLU menghubungi klinik pergigian berhampiran terlebih dahulu untuk mendapatkan sesi janji temu.

*Notis ini tersedia dan boleh dimuat turun dalam bahasa Melayu, Inggeris, Cina dan Tamil

 

MAKLUMAN
Sekiranya anda mempunyai gejala jangkitan saluran pernafasan seperti batuk, demam, selsema & kesukaran

bernafas anda dinasihatkan untuk menangguhkan sementara sebarang urusan di Pusat Internet & sila dapatkan

rawatan segera sebagai langkah pencegahan wabak Covid19.

Pusat Internet merupakan kawasan awam jadi kami memohon kerjasama erat anda dalam mematuhi peraturan ini.

Pihak kami berhak untuk meminta anda keluar sekiranya anda enggan mematuhinya.

Terima Kasih

 

Virus Novel Corona (2019-nCoV)
Berikut adalah langkah-langkah mengurangkan risiko jangkitan:
1. Tutup mulut dan hidung menggunakan 'face mask' apabila berhubung/berurusan dengan orang lain.
2. Kerap cuci tangan menggunakan air dan sabun atau bahan pencuci tangan (hand sanitizer).
3. Pastikan menjaga kebersihan diri sepanjang masa.
Bagi anda melawat keluar negara dalam masa berlakunya virus ini, di nasihatkan untuk menjalankan
saringan kesihatan di mana-masa Hospital/Klinik yang terdekat.
Terima kasih dan sama-sama kita menjaga kesihatan.
 

Influenza A ialah penyakit berjangkit yang disebabkan jangkitan virus Influenza A. Terdapat tiga jenis influenza, iaitu influenza A, B dan C, namun Influenza A lebih kuat berbanding Infuenza B dan C, selain paling kerap menjangkiti manusia kerana setiap tahun virus ini bermutasi untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran.

Difahamkan, ketika ini sekolah yang melaporkan kes murid dijangkiti Influenza A akan mendapat pemantauan Kementerian Kesihatan (KKM) yang mengambil langkah berjaga-jaga dengan melakukan saringan bagi semua murid lain.

Dr Muhamad Yazli berkata, Influenza A boleh memudaratkan terutama jika virus berkenaan menjangkiti penghidap asma, individu yang sudah berusia atau kanak-kanak, justeru mereka yang termasuk dalam kategori berkenaan perlu peka dengan tahap kesihatan diri.

"Influenza A merebak menerusi pelbagai cara, namun penjagaan kebersihan diri terutama mereka yang sudah dijangkiti dapat mengelakkan penyakit ini daripada merebak. Virus influenza akan merebak melalui titisan seperti batuk atau bersin yang menyebabkan titisan air keluar daripada mulut atau atau hidung.