TARIKH : 26 SEPTEMBER 2024
MASA : 09.30 PAGI - 10.00 PAGI
PESERTA: Komuniti masjid AL HANAN WENG
OBJEKTIF:
Bahan buangan/sisa elektrik dan elektronik atau lebih dikenali sebagai e-waste adalah barang-barang kelengkapan/peralatan yang tidak lagi digunakan oleh pengguna asal (original user) dan tidak lagi memberi apa-apa nilai kepada pengguna tersebut.
AKTIVITI:
PENERANGAN TENTANG EWASTE KEPADA KOMUNITI
Di Malaysia, e-waste disenaraikan sebagai salah satu buangan terjadual di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005. Ia ditakrifkan sebagai buangan daripada pemasangan elektrik dan elektronik yang mengandungi komponen seperti akumulator, suis raksa, kaca daripada tiub sinar katod dan kaca teraktif atau kapasitor bifenil terpoliklorin yang lain, atau yang dicemari dengan kandungan kadmium, raksa, plumbum, nikel, kromium, kuprum, litium, perak, mangan atau bifenil terpoliklorin.
E-waste dikategorikan sebagai bahan buangan terjadual (scheduled waste) kerana mempunyai ciri-ciri seperti kebolehnyalaan (ignitability), menghakis (corrosivity), bertindakbalas (reactibility) dan juga toksik (toxicity). Memandangkan E-waste mempunyai risiko kepada kesihatan manusia dan merupakan satu ancaman kepada alam sekitar, ia akan dikumpul dan dihantar ke kemudahan pemerolehan kembali atau dikenali juga sebagai recovery facility. Disini, proses kitar semula e-waste akan berlaku. E-waste yang dihantar akan melalui beberapa proses penting sebelum menjadi logam berharga yang akan digunakan semula untuk menghasilkan produk elektrik dan elektronik yang baru.