Influenza A ialah penyakit berjangkit yang disebabkan jangkitan virus Influenza A. Terdapat tiga jenis influenza, iaitu influenza A, B dan C, namun Influenza A lebih kuat berbanding Infuenza B dan C, selain paling kerap menjangkiti manusia kerana setiap tahun virus ini bermutasi untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran.
Difahamkan, ketika ini sekolah yang melaporkan kes murid dijangkiti Influenza A akan mendapat pemantauan Kementerian Kesihatan (KKM) yang mengambil langkah berjaga-jaga dengan melakukan saringan bagi semua murid lain.
Dr Muhamad Yazli berkata, Influenza A boleh memudaratkan terutama jika virus berkenaan menjangkiti penghidap asma, individu yang sudah berusia atau kanak-kanak, justeru mereka yang termasuk dalam kategori berkenaan perlu peka dengan tahap kesihatan diri.
"Influenza A merebak menerusi pelbagai cara, namun penjagaan kebersihan diri terutama mereka yang sudah dijangkiti dapat mengelakkan penyakit ini daripada merebak. Virus influenza akan merebak melalui titisan seperti batuk atau bersin yang menyebabkan titisan air keluar daripada mulut atau atau hidung.