Tarikh : 05 August 2023

Masa : 11 .30 Pagi - 01.30 Petang

Kehadiran

  1. Prof Dr. Mohamad Salmi bin Sohot - Ahli Suruhanjaya MCMC
  2. En. Mazlan bin OthmanPengarah MCMC Negeri Kedah
  3. En. Mohd Faizal bin Azizan - Pengarah Kawal Selia MCMC Negeri Kedah
  4. Pn. Norrazlina binti NordinPenolong Pengarah MCMC Negeri Kedah
  5. En. Mohd Sahril bin Ahmad Rasdi - DRMO-Northern, MSD Digital Intelligence Sdn Bhd
  6. En. Fickry bin MusaDeputy Regional Manager (T), MSD Digital Intelligence Sdn Bhd
  7. En. Mohd Husni bin MuktyTechnical Support Executive, MSD Digital Intelligence Sdn Bhd

 

Objektif :
 
Lawatan ini adalah untuk mengetahui sejauh mana fungsi PEDi sepanjang pengoperasian serta program – program yang telah dijalankan bertepatan dengan objektif penubuhan PEDi. Lawatan ini telah diaturkan oleh pihak MCMC Negeri Kedah. Kesempatan itu juga, petugas PEDi telah diminta untuk membuat taklimat ringkas mengenai PEDi sebagai persediaan.
 
Aktiviti :
 
  1. 1. Sesi taklimat berkenaan PEDi oleh petugas dimulakan dengan sesi pengenalan diri pengurus dan penolong pengurus. Seterusnya Pengurus membentangkan statistik penggunaan dan latihan yang telah dijalankan sepanjang 2013 sehingga kini.
  2. 2. Pengurus juga membentangkan program – program dan Latihan yang telah dijalankan disamping memberi penekanan kepada program dan kelas keusahawanan yang dilaksanakan bersama komuniti setempa.  Kisah kejayaan bagi usahawan dan juga Celik IT juga dibentang.
  3. 3. Perbincangan yang lebih terperinci dibuat mengenai langkah-langkah yang boleh diambil bagi mengembangkan lagi perniagaan usahawan PEDi yang telah berjaya.
  4. 3. Prof Dr. Salmi juga turut bertanya mengenai cabaran-cabaran yang dihadapi oleh petugas dan cara mengatasi masalah tersebut.

 

 

Gambar Disini

Tarikh : 04 August 2023

Masa : 08 .30 Pagi - 06.00 Petang

Peserta : 9 peserta Usahawan EMPOWER NCER Baling

Tenaga Pengajar : ENCIK MOHAMAD HAZMAN MOHAMAD JAMIL (UUM)

 
Objektif :
 
Memperkenalkan platform perniagaan di atas media massa menggunakan aplikasi yang merupakan akaun sosial. Akaun sosial kini mampu dijadikan tempat utama dalam menjalankan perniagaan. Selain itu menjadikan produk mudah dikenali oleh pengguna dengan lebih cepat dan mudah hanya menggunakan aplikasi yang merupakan akaun sosial . Hal ini mampu meningkatkan penghasilan yang lebih baik dan menjimatkan kos dalam memperkenalkan produk.
 
 
Aktiviti :
 
1. Membuka Akaun Gmail.
2. Pengenalan aplikasi yang mampu membantu strategi perniagaan.
3. penerangan dengan lebih jelas tentang syarat- syarat dan langkah-langkah yang patut dilakukan.
4. Mengemaskini akaun sosial kepada akaun perniagaan.
5. Membuat strategi baru dalam memasarkan produk menggunakan media massa.
6. Meningkatkan kualiti marketing yang lebih menarik minat pengguna dalam menhasilkan content periklanan.
7. Membantu dalam menjalankan strategi permasaran yang lebih berkualiti.
 
 
 
 

Tarikh : 29 Julai 2023

Masa : 08 .30 Pagi - 06.00 Petang

Peserta : Usahawan EMPOWER NCER Baling

Tenaga Pengajar : PROF MADYA DR. AHMAD HISHAM ZAINAL ABIDIN (UUM)

 
Objektif :
Membantu usahawan mahir dalam menyusun strategi perniagaan dan meningkatkan mutu permasaran menggunakan media sosial yang merupakan platform utama pada masa kini dalam menjalankan perniagaan dan memperkenalkan produk. Selain itu usahawan turut menimba ilmu dalam pengurusan kewangan yang lebih teratur dan berkualiti dalam memudahkan proses pengurusan perniagaan yang lebih kelihatan kemas dan tersusun. Oleh itu kemahiran yag diterapkan kepada usahawan sepanjang kelas ini mampu memberi kesan yang positif dalam menjadikan perniagaan usahawan lebih efektif dan memudahkan usahawan menyusun strategi yang lebih baik.
 
 
 
Aktiviti:
1) Pengenalan usahawan tentang produk yang dihasilkan
2) Mengkategorikan jenis pemasaran produk
3) Memberi penerangan yang jelas dalam penyusunan langkah-langkah mengikut jenis perniagaan 
4) Memperkenalkan pengurusan kewangan yang lebih teratur bagi setiap jenis perniagaan
5) Menjalankan perbentangan idea usahawan menggunakan ilmu yang telah disampaikan.
 

Tarikh : 03 August 2023

Masa : 10 .30 Pagi - 01.00 Petang

Peserta : seorang (Ahli)

 
Objektif :
 
Supaya dapat melahirkan pelajar celik IT dan memberi tunjuk ajar kepada mereka dalam penggunaan aplikasi ICT yang ada. Selain itu dapat meningkatkan hasil kerja yang lebih berkualiti dalam menghasilkan resume menggunakan aplikasi yang menyediakan pelbagai kelebihan.
 
Aktiviti :
 
1. Membuka Akaun Gmail
2. Mengambil dan menyimpan gambar melalui google
3. Membuat Resume menggunakan Aplikasi Canva
4. Mengisi maklumat resume berdasarkan sijil, kemahiran dan pengalaman.
5. Membantu dalam menyusun atur maklumat mengikut taraf pendidikan dan pengalaman kerja.
 

Tarikh : 29 Julai 2023

Masa : 08 .30 Pagi - 01.30 Petang

Peserta : Penduduk setempat 

Objektif :
Mengeratkan hubungan komuniti dengan PEDi Kg. Bawah Gunung dan mewujudkan peluang untuk penduduk lebih mengenali kepentingan PEDi.
 
 
 
 
Aktiviti:
1) Menyediakan bahan
2) Membahagikan tugas
3) Memasak makanan sarapan pagi dan tengah hari 
4) Melakukan proses membuat bubur assyu'ra
5) pengagihan kepada AJK yang terlibat dan penduduk setempat.