Tarikh : 05 August 2023
Masa : 11 .30 Pagi - 01.30 Petang
Kehadiran :
- Prof Dr. Mohamad Salmi bin Sohot - Ahli Suruhanjaya MCMC
- En. Mazlan bin Othman – Pengarah MCMC Negeri Kedah
- En. Mohd Faizal bin Azizan - Pengarah Kawal Selia MCMC Negeri Kedah
- Pn. Norrazlina binti Nordin – Penolong Pengarah MCMC Negeri Kedah
- En. Mohd Sahril bin Ahmad Rasdi - DRMO-Northern, MSD Digital Intelligence Sdn Bhd
- En. Fickry bin Musa – Deputy Regional Manager (T), MSD Digital Intelligence Sdn Bhd
- En. Mohd Husni bin Mukty – Technical Support Executive, MSD Digital Intelligence Sdn Bhd
Lawatan ini adalah untuk mengetahui sejauh mana fungsi PEDi sepanjang pengoperasian serta program – program yang telah dijalankan bertepatan dengan objektif penubuhan PEDi. Lawatan ini telah diaturkan oleh pihak MCMC Negeri Kedah. Kesempatan itu juga, petugas PEDi telah diminta untuk membuat taklimat ringkas mengenai PEDi sebagai persediaan.
Aktiviti :
- 1. Sesi taklimat berkenaan PEDi oleh petugas dimulakan dengan sesi pengenalan diri pengurus dan penolong pengurus. Seterusnya Pengurus membentangkan statistik penggunaan dan latihan yang telah dijalankan sepanjang 2013 sehingga kini.
- 2. Pengurus juga membentangkan program – program dan Latihan yang telah dijalankan disamping memberi penekanan kepada program dan kelas keusahawanan yang dilaksanakan bersama komuniti setempa. Kisah kejayaan bagi usahawan dan juga Celik IT juga dibentang.
- 3. Perbincangan yang lebih terperinci dibuat mengenai langkah-langkah yang boleh diambil bagi mengembangkan lagi perniagaan usahawan PEDi yang telah berjaya.
- 3. Prof Dr. Salmi juga turut bertanya mengenai cabaran-cabaran yang dihadapi oleh petugas dan cara mengatasi masalah tersebut.