Tarikh : 29 Julai 2023

Masa : 08 .30 Pagi - 06.00 Petang

Peserta : Usahawan EMPOWER NCER Baling

Tenaga Pengajar : PROF MADYA DR. AHMAD HISHAM ZAINAL ABIDIN (UUM)

 
Objektif :
Membantu usahawan mahir dalam menyusun strategi perniagaan dan meningkatkan mutu permasaran menggunakan media sosial yang merupakan platform utama pada masa kini dalam menjalankan perniagaan dan memperkenalkan produk. Selain itu usahawan turut menimba ilmu dalam pengurusan kewangan yang lebih teratur dan berkualiti dalam memudahkan proses pengurusan perniagaan yang lebih kelihatan kemas dan tersusun. Oleh itu kemahiran yag diterapkan kepada usahawan sepanjang kelas ini mampu memberi kesan yang positif dalam menjadikan perniagaan usahawan lebih efektif dan memudahkan usahawan menyusun strategi yang lebih baik.
 
 
 
Aktiviti:
1) Pengenalan usahawan tentang produk yang dihasilkan
2) Mengkategorikan jenis pemasaran produk
3) Memberi penerangan yang jelas dalam penyusunan langkah-langkah mengikut jenis perniagaan 
4) Memperkenalkan pengurusan kewangan yang lebih teratur bagi setiap jenis perniagaan
5) Menjalankan perbentangan idea usahawan menggunakan ilmu yang telah disampaikan.