Tarikh :10 September 2023

Masa : 01 .30 Petang - 03.00 Petang

Peserta : Pelajar Sekolah (AHLI)

 

 

Objektif :
 
 
Membantu golongan pelajar mahir dalam menggunakan maklumat teknologi dalam pembelajaran dan memudahkan mereka dalam menyampaikan pengetahuan dalam bentuk yang lebih ringkas kepada kalangan pelajar yang lain. Selain itu, penggunaan power point boleh dikemaskini menggunakan aplikasi yang lebih banyak kelebihan dalam menyediakan pembentangan yang lebih menarik dan lebih kreatif seperti power point menggunakan aplikasi CANVA. Hal ini, dapat dilihat dari hasil kerja pembentangan murid yang semakin menarik dalam pembelajaran. 
 
 
.
Aktiviti :
 
 
1. Pengenalan tentang asas microsoft.
2. Mempelajari Asas power point yang memudahkan pelajar menyusun aturkan maklumat pembentangan. 
3. Memperbaiki cara pembentangan kepada power point yang lebih kreatif dalam menghasilkan slide pembentangan menggunakan CANVA.
4. Meningkatkan kreativiti pelajar menghasilkan pembentangan yang lebih menarik dalam pembelajaran.
5. Menjadikan power point satu platform mudah dalam menjalankan pembentangan kefahaman dalam pembelajaran.
 
 
 

Tarikh :09 September 2023

Masa : 08 .30 Pagi - 06.00 Petang

Peserta : Usahawan NCER (AHLI)

Tenaga Pengajar : PUAN NANI (UUM)

 

Objektif :
 
Membentuk usahawan yang lebih kreatif dan inovatif dalam menjalankan perniagaan yang lebih teratur dan meningkatkan potensi perniagaan ke arah yang lebih baik mengikut peredaran zaman. Selain itu usahawan juga dapat memperbaiki kreativiti diri dalam memperkenalkan perniagaan kepada pengguna dengan cara yang lebih mudah dalam memperolehi kefahaman dan kehendak pengguna. 
.
Aktiviti :
 
1. Pengenalan tentang promosi.
2. Mempelajari Asas memperkenalkan produk kepada pengguna.
3. Mencuba memperbaiki sistem promosi yang pernah digunakan kepada yang lebih baik.
4. Meningkatkan kreativiti dalam menghasilkan promosi yang mampu membantu perniagaan dikenali dengan lebih luas.
5. Menjalankan aktiviti membentuk promosi yang bersesuaian dengan perniagaan yang dijalankan.
 
 
 

Tarikh :05 September 2023

Masa : 03 .30 Petang - 05.00 Petang

Peserta : Usahawan (AHLI)

 

 
Objektif :
 
Membantu usahawan meningkatkan kemahiran mereka dalam pemasaran melalui platform shopee untuk
memasarkan produk yang sedang mereka usahakan dan memastikan usahawan mendapat maklumat dalam meningkatkan kualiti perniagaan dengan cara memperkenalkan produk ke dalam bidang online.
 
Aktiviti :
 
1. Mengemaskini akaun pembayaran
2. Cara memasukkan diskaun
3. Membantu mengeluarkan waybill
4. Meningkatkan penjualan di akaun shopee dengan cara mempromosi link akaun perniagaan 
 
 
 
 

Tarikh :07 September 2023

Masa : 09 .00 Pagi - 01.00 Petang

Peserta : Pelajar Sekolah (KERJASAMA DENGAN PUSAT KOMUNITI DESA TELOK TEDURI)

 
Objektif :
 
Melahirkan pelajar sekolah rendah celik IT dan menumpukan kepada kemahiran asas menggunakan perisian yang terdapat
dalam Microsoft Words dengan tujuan meningkatkan potensi pelajar ke tahap yang baharu. Selain itu dapat membantu pelajar sekolah rendah mahir dalam penggunaan asas komputer.
.
Aktiviti :
 
1. Pengenalan Komponen Komputer
2. Mempelajari Asas Micosoft Word
3. Membuat Latihan dan Tugasan Yang Diberikan Oleh Petugas
4. Menyimpan Dokumen
 
 
 
 

Tarikh :02 September 2023

Masa : 08 .30 Pagi - 06.00 Petang

Peserta : Usahawan NCER (AHLI)

Tenaga Pengajar : Puan Nani (UUM)

 

 

Objektif :
 
membantu usahawan mengenalpasti cara menyampaikan mesej kepada pelanggan dalam memperkenalkan produk dalam bentuk periklanan. Selain itu, memastikan pengguna dapat memahami pesanan daripada iklan yang dihasilkan menjelaskan tentang produk yang ingin dijual.
 
 
Aktiviti :
1. Memberi penerangan tentang faktor periklanan
2. Menjelaskan penggunaan cara penyampaian maklumat kepada pengguna dengan cara yang betul
3. membantu dalam mengenalpasti maksud yang disampaikan dalam setiap iklan pendek yang sedia ada.
4. melakukan aktiviti dengan usahawan dalam menyampaikan maklumat dari segi lakonan pendek.