Tarikh : 25 November 2023
Masa : 09.30 Pagi - 10.00 Pagi
Peserta : Pelajar PPDK Sungai Limau
Objektif
Memberi Pengenalan tentang Klik dan Bijak
Aktiviti
1.Pengenalan tentang PEDI
2.Memberi penerangan tentang Klik Dan Bijak
3. Menjalankan permainan bagi menarik minat pelajar mengambil tahu tentang KLIK DAN BIJAK
E LEARNING - Asas Penggunaan Keyboard secara ONLINE game
Tarikh : 25 November 2023
Masa : 10.00 Pagi - 11.30 Pagi
Peserta : Pelajar PPDK Sungai Limau
Objektif
Memberi pengenalan secara kursus tentang komponen - komponen yang dimiliki oleh papan kekunci. Selain itu, dapat memabantu pelajar lebih mahir dalam menaip dan menggunakan komputer.
Aktiviti
1. Pengenalan tentang kegunaan papan kekunci
2. Memperkenalkan fungsi button pada papan kekunci
3.Memberi latihan menggunakan komputer.
4. Memahirkan kefahaman tentang papan kekunci melalui permainan ONLINE
STEAM - Adventure Delmotion Game bersama PPDK sungai Limau
Tarikh : 25 November 2023
Masa : 11.30 Pagi - 12.00 Tengah Hari
Peserta : Pelajar PPDK Sungai Limau
Objektif
Mengasah kecekapan pelajar dalam daya tumpuan untuk menyelesaikan permainan.
Aktiviti
1.Memberi penerangan tentang cara bermain
2.Mewujudkan dua kumpulan
3.Menjalankan permainan dan mengambil markah untuk setiap percapaian
4.Permarkahan yang tinggi diberi penghargaan
STEAM - Binggo Connect bersama PPDK sungai Limau
Tarikh : 25 November 2023
Masa : 12.00 Tengah Hari - 12.30 Tengah Hari
Peserta : Pelajar PPDK Sungai Limau
Objektif
Meningkatkan kemahiran berfikir dalam menyelesaikan permainan dan mengalahkan pihak lawan
Aktiviti
1.Memberi penerangan tentang cara bermain
2.Mewujudkan dua kumpulan
3.Menjalankan permainan dan mengambil markah untuk setiap percapaian
4.Permarkahan yang tinggi diberi penghargaan
Tarikh : 24 November 2023
Masa : 09.30 Pagi - 12.30 Tengah Hari
Peserta : Usahawan Homestay
Objektif :
Membantu usahawan meningkatkan kemahiran mereka dalam pemasaran melalui platform tiktok untuk membantu
memasarkan produk yang sedang mereka usahakan dan mewujudkan semangat kerjasama antara Usahawan dengan PEDi. Selain itu, usahawan dapat mempromosikan kewujudan perniagaan mereka menggunakan platform yang kini menjadi keutamaan masa kini iaitu TIKTOK.
Aktiviti :
1. Pengenalan PEDi
2. Pengenalan Tiktok
3. Membuka Kedai Tiktok
4. Menghubungkan akaun perniagaan dengan akaun personal
5. Memasukkan Produk
6. Cara melihat maklumat tempahan
7.Cara pengiraan komisyen
Tarikh : 22 November 2023
Masa : 09.00 Pagi - 01.30 Petang
Peserta : Pelajar Lepasan SPM
Melahirkan pelajar celik IT dan menumpukan kepada kemahiran asas menggunakan perisian yang terdapat dalam Microsoft Words dengan tujuan meningkatkan potensi pelajar ke tahap yang baharu. Membantu pelajar menghasilkan kerja menaip dengan lebih kemas dan bermutu. Selain itu, hasil kerja yang dihasilkan akan lebih mengikuti format yang ditetapkan.
Aktiviti :
1. Pengenalan Komponen Komputer
2. Mempelajari Asas Micosoft Word
3. Membuat Latihan dan Tugasan Yang Diberikan Oleh Petugas
4. Meningkatkan kemahiran menaip menggunakan permainan yang berasaskan MICROSOFT WORD.
Tarikh : 23 November 2023
Masa :09.30 Pagi - 01.30 Petang
Peserta : Pelajar GIATMARA
Objektif :
Melahirkan pelajar celik IT dan menumpukan kepada kemahiran asas menggunakan perisian yang terdapat
dalam Microsoft Excel dengan tujuan meningkatkan potensi pelajar ke tahap yang baharu dalam mengemaskini maklumat. Selain itu, kelas excel ini turut membantu pelajar menyiapkan kerja kursus akaun yang melibatkan pengiraan kewangan,
Aktiviti :
1. Pengenalan Komponen Komputer
2. Mempelajari Asas Micosoft Excel
3. Memberi tugasan untuk diselesaikan.
4. Menyimpan Dokumen.
5. Mengulangkaji dengan menyediakan soalan dan menetapkan sebagai pertandingan bagi menarik minat pelajar menunjukkan fokus ketika belajar.
Tarikh : 21 November 2023
Masa : 10.00 Pagi - 01.30 Petang
Peserta : Usahawan Homestay
Dapat membantu usahawan mempromosikan perniagaan dengan menggunakan platform media massa. Selain itu usahawan dapat menghasilakan maklumat secara video dalam menarik pelanggan yang kini lebih suka mendapatkan maklumat secara video daripada maklumat bertulis.
Aktiviti :
1. Membuka link CAPCUT
2. Memberi pengenalan tentang kelebihan dan kebaikkan menggunakan CAPCUT.
3. Memberi tugasan menggunakan aplikasi CAPCUT.
4. Memastikan kemahiran penggunaan asas CAPCUT dapat dikuasai oleh usahawan.
5. Menitikberatkan kemahiran yang diperolehi dapat membantu pelajar menguasai penggunaan teknologi dalam bidang kemaskini video dan gambar.