Tarikh :06 Disember 2023

Masa : 10 .30 Pagi - 11.30 Pagi

Peserta : Pelajar (AHLI)

 

 

 

Objektif :

 

 

Pelajar yang mempunyai kemahiran dalam penggunaan komputer dan juga sitem atas talian dapat memudahkan mereka dalam myusun atur matlamat menggunakan platform atas talian dalam mencari bidang dan peluang yang terbuka bagi memudahkan mereka membuat permohonan sambung belajar. Hal ini, membantu golongan pelajar mendapat maklumat dengan cepat dan juga dapat membuat permohonan dengan segera menggunakan platform secara atas talian.

 

Aktiviti :

 

 

1. Mengemaskini maklumat akademik dan juga pembelajaran

2. Memasuki laman sesawang yang berkaitan dengan pengambilan pelajar.

3. Membuat permohonan secara atas talian dan juga memasukkan maklumat diri.

4. Menggunakan mesin pencetak untuk memasukkan keputusan pembelajaran dan sijil yang berkaitan.

 

 

Gambar Disini

 

 

 

 

Tarikh :04 Disember 2023

Masa : 09 .00 Pagi - 01.00 Petang

Peserta : Usahawan (AHLI)

 

 

 

Objektif :
 
 
 
Membantu usahawan meningkatkan kemahiran mereka dalam pemasaran melalui platform shopee untuk
memasarkan produk yang sedang mereka usahakan dan memastikan usahawan mendapat maklumat dalam meningkatkan kualiti perniagaan dengan cara memperkenalkan produk ke dalam bidang online.
 
 
 
Aktiviti :
 
1. Mengemaskini akaun pembayaran
2. Cara memasukkan diskaun
3. Membantu mengeluarkan waybill
4. Meningkatkan penjualan di akaun shopee dengan cara mempromosi link akaun perniagaan 
 
 
 
 
 
 

Tarikh : 02 Disember 2023

Masa : 09.30 Pagi - 12.30 Tengah Hari

Peserta : Pelajar (AHLI)
 
 
 
 
Objektif :
 
Melahirkan pelajar celik IT dan menumpukan kepada kemahiran asas menggunakan perisian yang terdapat dalam Microsoft Words dengan tujuan meningkatkan potensi pelajar ke tahap yang baharu. Membantu pelajar menghasilkan kerja menaip dengan lebih kemas dan bermutu. Selain itu, hasil kerja yang dihasilkan akan lebih mengikuti format yang ditetapkan. Hal ini, dapat membantu pelajar mahir dalam menyiapkan laporan dan juga menghasilkan kertas kerja.
 
 
 
Aktiviti :
 
 
1. Pengenalan Komponen Komputer
2. Mempelajari Asas Micosoft Word
3. Membuat Latihan dan Tugasan Yang Diberikan Oleh Petugas
4. Meningkatkan kemahiran menaip menggunakan permainan yang berasaskan MICROSOFT WORD.
5. Menaip dengan format yang betul dengan menggunakan asas yang diajarkan.
 
 
 
 
 
 
 

Tarikh : 03 Disember 2023

Masa : 10.30 Pagi - 12.00 Tengah Hari

Peserta : KOMUNITI (AHLI)
 
 
 
 
 
 
Objektif :
 
 
 
Melahirkan Komuniti yang mahir dalam penggunaan teknologi terkini dan mengikuti peredaran semasa yang kini giat memperkenalkan cara yang baru dalam menjalanlankan aktiviti jual beli yang merupakan budaya CASHLESS. Hal ini, telah mendorong komuniti setempat melibatkan diri dalam penggunaan aplikasi yang mampu memudahkan urusan mereka ketika berurusan. Selain itu, budaya CASHLESS telah menyedarkan golongan komuniti luar bandar tentang beberapa kebaikkan yang memudahkan urusan.
 
 
Aktiviti :
 
 
1. Pengenalan aplikasi
2. Mempelajari cara memasukkan maklumat dalam aplikasi
3. Memberi penerangan secara terperinci cara penggunaan
4. Membantu untuk memberi penjelasan kebaikkan menggunakan aplikasi ini
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Tarikh : 27 November 2023
 
Masa : 10.30 Pagi - 4.30 Petang
 
RAKAN DIGITAL BERSAMA AGENSI-AGENSI
 
 
 
Objektif
 
 
Membantu usahawan dalam menambahbaik dan memperkenalkan perniagaan usahawan pada platform media sosial iaitu SHOPEE 
 
 
Aktiviti
 
 
1.Pengenalan tentang PEDI dan memperkenalkan fungsi RAKAN DIGITAL kepada komuniti 
2.Memberi penerangan tentang perkhidmatan yang rakan digital mampu sediakan untuk membantu golongan usahawan
3. Menetapkan tarikh yang sesuai untuk menjalankan program bnersama usahawan daripada agensi yang terlibat dalam kerjasama rakan digital