Tarikh : 24 Disember 2023
 
Masa : 09.30 Pagi - 11.30 Pagi
 
Peserta : 3 Orang (Pelajar Sekolah)
 
 
 
Objektif:
 
Memberi tunjuk ajar kepada pelajar dalam penggunaan komputer, keyboard dan mouse dengan betul. Memahirkan mereka menaip menggunakan laman web game matematik supaya mereka dapat mengetahui tahap kecekapan mereka mengira dan menaip.Selain itu, pembelajaran ini dapat meningkatkan fokus pelajar dalam menyelesaikan soalan dalam waktu yang diberi. Pelajar juga turut membuat ulangkaji pelajaran matematik melalui latihan yang disediakan menggunakan sistem permainan ONLINE. Hal ini, dapat meningkatkan kualiti pemahaman pelajar dengan lebih baik dalam menguasai subjek matematik.
 
 
Aktiviti :
 
 
1. Pengenalan komputer, mouse dan keyboard
2. Mengetahui komponen-komponen komputer
3. Menaip semula perkataan yang dipaparkan dalam permainan online.
4. Belajar mengira mengikut gambar yang diberikan dalam permainan matematik.
5. Memperkenalkan asas matematik seperti penggunaan +,-, x, / (tambah, tolak, darab, dan bahagi)
6. Latihan yang disediakan mengikut silibus sekolah pelajar.
7. Membantu pelajar mahir dalam setiap soalan yang tidak mampu memahami konsep yang dijalankan semasa waktu persekolahan.
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Tarikh :22 Disember 2023

Masa : 09.00 Pagi - 12.30 Tengah Hari 
 
Peserta : Pengetua Sekolah Maktab Mahmud
 
 
 
 
Objektif :
 
 
Memberi tunjuk ajar dalam menggunakan MICROSOFT WORD yang lebih terperinci bagi memudahkan pengetua membuat kertas kerja dan juga menggunakan tool yang sedia ada. Selain itu, memberi tunjuk ajar yang  memudahkan proses dalam menyediakan kertas kerja dan format yang betul dan lebih baik. Hal ini, dapat mempercepat kan proses menyiapkan kerja dan menjimatkan masa dalam menyelesaikan tugas  
 
 
 
 
 
Aktiviti :
 
 
1. Pengenalan tentang kelebihan microsoft word.
2. Mempelajari komponen yang penting dalam word.
3. Membuat Latihan dan Tugasan Yang Diberikan Oleh Petugas
4. Hasil kerja akan disemak dan dititik berat setaip format yang digunakan oleh Guru.
5. Guru boleh menyiapkan kerja kursus sekolah mengikut format yang disampaikan.
6. Membantu dalam memastikan format penulisan yang betul.
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Tarikh : 19 Disember 2023

Masa : 10.00 Pagi - 01.00 Petang

Peserta : USAHAWAN (Ahli)
 
 
Objektif :
 
 
Membantu usahawan menyediakan skrip ucapan dan juga menyiapkan pembentangan bergambar bagi menyesuaikan keadaan usahawan yang merupakan IKON USAHAWAN yang berjaya. Hal ini, dapat menarik minat usahawan lain mempunyai matlamat yang sama dalam mengecapi perniagaan yang berjaya. Selain itu, perkongsian yang dibuat oleh usahawan yang merupakan IKON USAAWAN yang berjaya mampu memberi aura positif melalui perjalanan perniagaannya yang bermula FROM ZERO TO HERO. 
 
 
 
Aktiviti :
 
 
1. Mengumpulkan maklumat terperinci daripada usahawan
2. Memberi pendapat dalam menyediakan pembentangan secara digital bagi memudahkan penyampaian
3. Mengatur strategi dalam menyusunan pembentangan.
4. Menyediakan slide power point dan juga skrip ucapan bagi memudahkan usahawan.
 
 
 
 
 
 
Tarikh : 21 Disember 2023
 
Masa : 11.00 Pagi - 12.30 Tengah Hari
 
Peserta : Pelajar TADIKA
 
 
 
 
Objektif :
 
 
Mengasah kecekapan pelajar dalam daya tumpuan untuk menyelesaikan permainan. Menjalankan aktiviti yang bermanfaat sepanjang cuti sekolah bersama anak - anak komuniti. 
 
 
 
 
Aktiviti :
 
 
1.Memberi penerangan tentang cara bermain
2.Mewujudkan dua kumpulan
3.Menjalankan permainan dan mengambil markah untuk setiap percapaian
4.Permarkahan yang tinggi diberi penghargaan
 
 
 
 
 

Tarikh : 15 Disember 2023

Masa : 10.30 Pagi - 02.00 Petang

Peserta : Komuniti (Ahli)
 
 
 
 
Objektif :
 
Melahirkan pelajar celik IT dan menumpukan kepada kemahiran asas menggunakan perisian yang terdapat dalam Microsoft Words dengan tujuan meningkatkan komuniti pelajar ke tahap yang baharu. Membantu komuniti menghasilkan kerja menaip dengan lebih kemas dan bermutu. Selain itu, hasil kerja yang dihasilkan akan lebih mengikuti format yang ditetapkan.
 
 
 
Aktiviti :
 
1. Pengenalan Komponen Komputer
2. Mempelajari Asas Micosoft Word
3. Membuat Latihan dan Tugasan Yang Diberikan Oleh Petugas
4. Meningkatkan kemahiran menaip menggunakan permainan yang berasaskan MICROSOFT WORD.