GUNUNG BALING

INFO

  • Kawasan pendakian terletak 2 km dari Pekan Baling
  • Dibuka secara percuma kepada orang ramai
  • Kemudahan tandas disediakan di kaki Gunung Baling

Gunung Baling memiliki ketinggian 420 meter, manakala Gunung Pulai (610 meter). Namun, pendaki lebih tertumpu pada Gunung Baling kerana trek mendaki yang lebih mudah berbanding dengan Gunung Pulai.

Trek mendaki Gunung Pulai adalah 80 peratus batu. Ini bermakna pendaki perlu mendaki dinding batu di beberapa tempat. Tempoh mendaki juga lebih lama iaitu sekitar tiga jam, berbanding mendaki Gunung Baling yang memakan masa dua jam untuk sampai ke puncak.

Memandangkan semakin ramai pendaki maka kejadian sesat dan tersasar dari laluan dilaporkan kerap berlaku kerana kebanyakannya mendaki tanpa dipandu oleh penunjuk arah.

Berikutan itu, selepas berbincang dengan orang kampung yang biasa mendaki gunung tersebut untuk mencari hasil hutan, pasukan Malim Gunung Baling dan Malim Gunung Pulai ditubuhkan pada Februari lalu.

Badrol Hisham berkata, kesemua penunjuk arah itu terdiri daripada orang kampung yang mahir dengan selok belok laluan ke puncak gunung-gunung berkenaan.

Sebelum menjadi viral, kedua-dua gunung itu biasanya didaki oleh orang kampung yang mencari hasil hutan seperti pokok paku aji, rebung dan menjerat burung.

gunungbaling

GunungBaling2

IMG20151213091532

GUNUNGBALING3

 

 

 

 

 

Terowong ini terletak di Weng Kedah didalam mukim (daerah Baling), kedudukan nya menghampiri sempadan dengan Thailand. Sebuah lagi kampung berdekatan didaerah ini adalah Tanjung Pari. 
Pernah satu ketika disekitar tahun 80an seorang pengganas komunis telah lari dari gerombolan mereka keluar dari hutan tebal untuk menyerah diri pada pasukan keselamatan dan terserempak dengan beberapa orang pelajar sekolah. Ianya diserahkan kepada pasukan keselamatan diTanjung Pari ini. Dikatakan juga Regimen ke - 10 PKM banyak menguasai hutan2 didaerah ini tetapi kebenaranya tidak dapat dipastikan.

“Terowong Komunis Weng yang sedang dibangunkan sekarang akan memiliki sebuah kompleks pelancongan tentera yang lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti kompleks penerangan, surau, pondok rehat, kedai makan, cenderahati dan tandas awam." kata Pegawai Daerahnya, Dzohir Md Zain.

.

BALING bukan sahaja terkenal dengan pelbagai peristiwa bersejarah, malah daerah ini turut diwarnai dengan aneka produk pelancongan yang mampu melonjakkan nama Baling sebagai destinasi pelancongan utama tanah air.

“Terowong Komunis Weng yang sedang dibangunkan sekarang akan memiliki sebuah kompleks pelancongan tentera yang lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti kompleks penerangan, surau, pondok rehat, kedai makan, cenderahati dan tandas awam.

sumber : http://www.mdbaling.gov.my/ms/md-baling/pusat-media/berita/baling-promosi-pelancongan-tentera

Rundingan Damai Baling merupakan perundingan di antara Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dengan Parti Komunis Malaya(PKM). Rundingan ini diadakan di Baling English School (sekarang Sekolah Kebangsaan Tunku Putra) di BalingKedah Darul Aman,Malaysia pada 28 dan 29 Disember 1955.

Wakil parti perikatan terdiri daripada Tunku Abdul RahmanTun Tan Cheng Lock dan David Marshall sementara rowakilKM terdiri daripada Chin PengChien Tien dan Rashid Maidin.

 

 

 

Masyarakat Orang Asli Kensiu

Orang Kensiu tinggal di kawasan pinggir di daerah Baling, Kedah. Satu ketika dahulu Orang Kensiu suka berpindah randah mencari tempat yang sesuai untuk mencari bahan-bahan makanan. Semenjak kerajaan memberi penumpuan pembangunan kepada rakyat, kini Orang Kensiu sudah ada kampung halaman mereka untuk mengubah cara kehidupan mereka agar setanding dengan masyarakat umum. Hanya terdapat sebuah perkampungan Orang Kensiu di daerah Baling, negeri Kedah iaitu Kampong Lubuk Legong.

Pada masa ini kampung Lubuk Legong telah di lengkapi dengan kemudahan bekalan api letrik, bekalan air dan lain-lain prasarana seperti Balairaya dan Pusat Bimbingan Kanak-kanak. Punca pendapat utama adalah hasil tanaman Getah yang di bangunkan oleh RISDA dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Orang Asli. Sehingga kini terdapat 39 keluarga seramai 204 orang.

Mari melawat Masyarakat dan Budaya Orang Asli Kensiu Di Ulu Legong......

 

 

 

 

Sub-kategori