Terowong ini terletak di Weng Kedah didalam mukim (daerah Baling), kedudukan nya menghampiri sempadan dengan Thailand. Sebuah lagi kampung berdekatan didaerah ini adalah Tanjung Pari. 
Pernah satu ketika disekitar tahun 80an seorang pengganas komunis telah lari dari gerombolan mereka keluar dari hutan tebal untuk menyerah diri pada pasukan keselamatan dan terserempak dengan beberapa orang pelajar sekolah. Ianya diserahkan kepada pasukan keselamatan diTanjung Pari ini. Dikatakan juga Regimen ke - 10 PKM banyak menguasai hutan2 didaerah ini tetapi kebenaranya tidak dapat dipastikan.

“Terowong Komunis Weng yang sedang dibangunkan sekarang akan memiliki sebuah kompleks pelancongan tentera yang lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti kompleks penerangan, surau, pondok rehat, kedai makan, cenderahati dan tandas awam." kata Pegawai Daerahnya, Dzohir Md Zain.

.