GUNUNG BALING
INFO
- Kawasan pendakian terletak 2 km dari Pekan Baling
- Dibuka secara percuma kepada orang ramai
- Kemudahan tandas disediakan di kaki Gunung Baling
Gunung Baling memiliki ketinggian 420 meter, manakala Gunung Pulai (610 meter). Namun, pendaki lebih tertumpu pada Gunung Baling kerana trek mendaki yang lebih mudah berbanding dengan Gunung Pulai.
Trek mendaki Gunung Pulai adalah 80 peratus batu. Ini bermakna pendaki perlu mendaki dinding batu di beberapa tempat. Tempoh mendaki juga lebih lama iaitu sekitar tiga jam, berbanding mendaki Gunung Baling yang memakan masa dua jam untuk sampai ke puncak.
Memandangkan semakin ramai pendaki maka kejadian sesat dan tersasar dari laluan dilaporkan kerap berlaku kerana kebanyakannya mendaki tanpa dipandu oleh penunjuk arah.
Berikutan itu, selepas berbincang dengan orang kampung yang biasa mendaki gunung tersebut untuk mencari hasil hutan, pasukan Malim Gunung Baling dan Malim Gunung Pulai ditubuhkan pada Februari lalu.
Badrol Hisham berkata, kesemua penunjuk arah itu terdiri daripada orang kampung yang mahir dengan selok belok laluan ke puncak gunung-gunung berkenaan.
Sebelum menjadi viral, kedua-dua gunung itu biasanya didaki oleh orang kampung yang mencari hasil hutan seperti pokok paku aji, rebung dan menjerat burung.