TARIKH : 27 JUNE 2024

MASA : 10.30 A.M - 12.30 P.M

PESERTA : Usahawan Nadi Kg Bawah Gunung

 

OBJEKTIF:

Membantu usahawan memastikan sijil SSM sentiasa diperbaharui dan memudahkan urusan perniagaan. Selain itu, memberi pendedahan kepada usahawan tentang bantuan yang disediakan oleh pelbagai agensi mengikut keperluan usahawan dalam berniaga. Hal ini, mampu membantu perniagaan menghasilkan produk dengan le ih berkualiti dan memiliki kuantiti yang banyak setiap kali penghasilan.

 

AKTIVITI:

1. Membuka link untuk kemaskini SSM

2. Memasukkan id untuk membuka akaun SSM

3. Membuat Kemaskini tempoh tamat sijil SSM

4. Memberi maklumat untuk usahawan tentang pelbagai agensi yang menyediakan kemudahan untuk usahawan.

 

Gambar Disini

 

 

TARIKH : 26 JUNE 2024

MASA : 09.30 A.M - 01.00 P.M

PESERTA : Komuniti kampung bawah gunung

 

OBJEKTIF:

Membantu golongan suri rumah dan wanita mencarumkan diri bagi memastikan kebarangkalian yang bakal terjadi sepanjang menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suri rumah dan wanita mendapat pampasan sekiranya berlaku kemalangan kecil mahupun besar. Hal ini, memberi pendedahan kepada umum tentang kepentingan mempunyai perlindungan diri tanpa mengira status dan risiko yang tidak dijangka.

 

AKTIVITI:

1. Advokasi tentang kewujudan SKIM keselamatan sosial surirumah.

2. Kelebihan yang diperolehi daripada caruman SKIM.

3. Pendahan manfaat yang disediakan kepada golongan wanita.

4. Membuka pendaftaran kepada golongan yang berminat

 

Gambar Disini

 

 

TARIKH : 25 JUNE 2024

MASA : 09.30 A.M - 11.30 A.M

PESERTA:PELAJAR TADIKA KEMAS KAMPUNG BAWAH GUNUNG

 

OBJEKTIF:

Memberi pendedahan kepada golongan muda dari fasa umur TADIKA tentang fungsi kewujudan pusat sebaran maklumat. Selain itu, memperkenalkan kelebihan yang boleh didapati dengan adanya pusat sebaran maklumat dalam kawasan komuniti ini.

 

AKTIVITI:

1. Advokasi tentang fungsi pusat sebaran maklumat kepada pelajar.

2. Menyampaikan maklumat dan servis yang turut disediakan bagi komuniti.

3. Memberi taklimat program mewarna.

4. Menghargai hasil yang terbaik daripada pelajar.

5. Menyampaikan hadiah dan saguhati.

 

Gambar Disini

 

 

TARIKH : 25 JUNE 2024

MASA : 11.30 A.M - 12.30 P.M

PESERTA: PELAJAR TADIKA KEMAS KAMPUNG BAWAH GUNUNG

 

OBJEKTIF:

Memupuk pelajar-pelajar tadika berani mencabar diri dalam mengambil sebuah keputusan tanpa memikirkan rasa takut yang menguasai diri. Selain itu pelajar turut belajar untuk membuat keputusan mengikut pola pemikiran yang baik dalam mengatur strategi menyelesaikan masalah.

 

AKTIVITI:

1. Advokasi tentang cara bermain permainan pirate.

2. Membentuk kepada dua kumpulan bagi mewujudkan daya saing yang sihat.

3. Memastikan setiap markah yang dikumpul dikira.

4. Mengumumkan pemenang.

 

Gambar Disini

 

 

TARIKH : 21 JUNE 2024

MASA : 09.30 A.M - 01.00 P.M

PESERTA : Pelajar Lepasan STPM

 

OBJEKTIF:

Memberi tunjuk ajar dalam pembelajaran asas microsoft office excel.  Pembelajaran pada kali ini ialah berkenaan proses membina jadual dan graf. Selain itu, menarik minat pelajar meneroka pelbagai fungsi yang terdapat dalam microsoft office excel dengan menghasilkan pembentangan graf menggunakan grafik dan menyampaikan jadual yang menarik. Selain itu, memberi pendedahan dalam memasukkan data menggunakan excel dengan cara yang lebih mudah.

 

AKTIVITI:

1. Pengenalan kepada microsoft office excel.
 
2. Membuat latihan.
 
3. Memperkenalkan grafik yang lebih menarik dalam menghasilkan graf.
 
4. Memberi tunjuk ajar dalam menyampaikan pembentangan menggunakan excel dengan cara lebih baik.