TARIKH : 06 JUNE 2024
MASA : 09.30 A.M - 01.00 P.M
PESERTA : USAHAWAN NCER
OBJEKTIF:
Meningkatkan pengikut di akaun Tiktok dan mempelajari cara membuat content TikTok yang berkesan dan meningkatkan kemahiran LIVE. Selain itu memperkenalkan perniagaan ke akaun TIKTOK dengan mengembangkan perniagaan ke pelbagai cabang platform perniagaan.
AKTIVITI :
1. Pengenalan kepada Aplikasi TikTok Shop & TikTok Personal
2. Perbezaan diantara TikTok Shop & TikTok Personal
3. Cara link Kedai TikTok dan TikTop untuk marketing
4. Cara memasukkan produk dikedai
5. Penerangan tentang Affiliate TikTok
6. Cara untuk pilih produk affiliate dan pos content
7. Pantang Larang sebagai penjual di TikTok, Live dan Content Affiliate
8. Monetization
9. Pengurusan barang & pengeluaran duit perniagaan di Kedai dan Affiliate.
TARIKH : 05 JUNE 2024
MASA : 11.30 A.M - 01.00 P.M
PESERTA : Komuniti
OBJEKTIF:
PERKESO adalah satu sistem yang penting untuk memastikan pekerja di Malaysia dilindungi dari segi kewangan dan perubatan. Dengan memahami fungsi dan faedah PERKESO, pekerja dapat lebih bersedia menghadapi sebarang kemungkinan yang mungkin berlaku dalam kehidupan pekerjaan mereka.
AKTIVITI:
- 1. Kemukakan Permohonan dalam Tempoh 60 Hari: Permohonan mesti dikemukakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh hilang pekerjaan. Sebarang kelewatan dalam menghantar permohonan akan menyebabkan tuntutan faedah EIS tidak dapat diproses.
- 2. Isi Borang Tuntutan EIS: Isi borang tuntutan EIS dan lampirkan sekali dengan dokumen berkaitan seperti salinan kad pengenalan, surat pemberhentian kerja, dan slip gaji.
- 3. Hantar Borang dan Dokumen: Hantar borang dan dokumen ke pejabat PERKESO atau secara online melalui portal EIS PERKESO.
- 4. Semak dan Simpan Slip Permohonan: Selepas menghantar permohonan, semak dan simpan slip permohonan untuk kegunaan masa depan.
- 5. Ikuti Program Penempatan Pekerjaan: Anda perlu mengikuti Program Penempatan Pekerjaan dalam masa 7 hari selepas pemberitahuan diterima daripada PERKESO.
TARIKH : 01 JUNE 2024
MASA : 09.30 A.M - 01.30 P.M
PESERTA : PELAJAR SEKOLAH MENENGAH
OBJEKTIF:
Meningkatkan kemahiran pelajar dalam penyuntingan video yang lebih baik dan berkualiti. Selain itu dapat memperkenalkan aplikasi CAPCUT yang mempunyai pelbagai tool yang menarik bagi meningkatkan hasil suntingan video.
AKTIVITI:
1. Memperkenalkan fungsi NADi
2. Memberi pendedahan dengan ilmu berkaitan atas talian
3. Menyampaikan kelebihan menghasilkan video yang berkualiti.
4. Menghasilkan video suntingan menggunakan CAPCUT.
5. Memastikan hasil daripada suntingan video dihasilkan mengikut KPI.
TARIKH : 04 JUNE 2024
MASA : 10.30 A.M - 01.00 P.M
PESERTA : Komuniti E-kasih
OBJEKTIF:
Membantu komuniti DUN bayu dalam membuat permohonan dan rayuan e-kasih dan memperkenalkan kepentingan platform media masa atas talian dalam mendapatkan maklumat tentang bantuan dan juga permohonan untuk rakyat.
AKTIVITI:
1. Memperkenalkan fungsi NADi
2. Menyampaikan maklumat tentang e-kasih dan cara-cara yang boleh dibuat.
3. Membantu dalam membuat permohonan dan membuat rayuan.
4. Membawa pemohon e-kasih ke pejabat daerah baling untuk ditemuduga bagi memohon e-kasih.
TARIKH : 28 APRIL 2024
MASA : 09.30 A.M - 01.30 P.M
PESERTA : PELAJAR SEKOLAH MENENGAH
OBJEKTIF:
Membantu meningkatkan kemahiran dan kreativiti pelajar menjadi lebih kreatif dan inovatif dalam menghasilkan sebuah poster yang lebih menarik.
AKTIVITI:
1.Memperkenalkan aplikasi CANVA.
2. Menyampaikan kelebihan yang boleh digunakan dalam aplikasi CANVA.
3. Menerangkan secara terperinci cara penggunaan aplikasi CANVA
4. Menghasilkan POSTER.