MAKLUMAN AWAL

 

Tawaran kemasukan ke Sekolah Zakat, Maahad Ad Dini Sultan Abdul Halim, Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman 2018

Syarat Kelayakan

-Keutamaan kepada anak-anak Asnaf Miskin atau berpendapatan rendah yang diukur dengan isi keluarga.

-Warganegara Malaysia dan dilahirkan pada tahun 2005.

-Lulus peperiksaan UPSR berdasarkan syarat berikut:

-Lulus minimum 3A.

-Lulus Ujian Bertulis Matematik, Bahasa Arab dan Ujian Tilawah Al Quran Bertajwid.

-Calon yang layak akan ditemuduga bersama waris bagi mencari calon yang benar-benar layak dikategorikan sebagai keluarga asnaf.

-Pembiayaan keseluruhan pengajian bagi anak-anak asnaf yang layak adalah DITANGGUNG SEPENUHNYA oleh Lembaga Zakat Negeri Kedah.

 

Borang online akan dikeluarkan pada 1 November 2017 dan boleh didownload secara PERCUMA dilaman web www.zakatkedah.com.my

Sila viralkan kepada seluruh masyarakat di Negeri Kedah Darul Aman.

Minta jasa Imam2 dan Amil menghebahkan di masjid2 pada hari Jumaat.