Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan menjalankan beberapa kajian bagi
tujuan pengumpulan data berkaitan akses dan penggunaan telefon bimbit, e-dagang, kualiti pengalaman
jalur lebar dan kadar kepuasan pengguna seperti berikut:
a. Kajian Pengguna Telefon Bimbit;
b. Kajian Pengguna e-Dagang;
c. Kajian Kualiti Pengalaman Jalur Lebar;
d. Kajian Kepuasan Pengguna – Perkhidmatan Jalur Lebar dan Selular Mudah Alih; dan
e. Kajian Kepuasan Pengguna – Perkhidmatan Kurier.
Adalah dimaklumkan bahawa tujuan kajian ini adalah untuk pengumpulan data sahaja.
Tiada sebarang data peribadi seperti nama penuh atau maklumat bank akan dikutip.
Selain itu, tiada wang akan dikutip mahupun sebarang urusan jualan dilakukan.
Penyertaan bagi kajian ini adalah secara sukarela. Walau bagaimanapun, kerjasama daripada responden
adalah sangat dihargai. Sebarang penamatan atau pelanjutan tempoh kajian akan diumumkan dengan
sewajarnya melalui laman sesawang MCMC: www.mcmc.gov.my