Latar Belakang

Puan Sabariah menjalankan perniagaannya sejak tahun 2019 sehingga ini. Minat yang mendalam

terhadap perniagaan mendorong beliau menjalankan perniagaan walaupun beliau seorang guru.

Kerjaya sebagai seorang guru tidak menganggu kerja hakiki beliau untuk mempromosikan produk

dan membuat jualan di atas talian.

Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Sebelum penglibatan beliau dengan PI, beliau tidak mempunyai akaun shopee dan produk yang

beliau jual kurang mendapat sambutan. Beliau tidak tahu cara untuk mempromosikan produk di

dalam media sosial dan tidak tahu cara untuk menarik minat pembeli untuk membeli produk tersebut.

 

Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Selepas menghadiri kelas e-Keusahawanan, beliau sudah pandai membuka akaun shopee dan

mempromosikan produk beliau di dalam shopee dan media sosial yang lain.

Beliau tahu cara yang betul untuk membuat photoshoot produk supaya menjadi lebih kreatif dan menarik.

Kini permintaan terhadap produk beliau semakin meningkat dari pelbagai tempat.