Jabatan Belia Dan Sukan Negara sedang merangka satu gerakan kesukarelawan “Rakan Muda Sports Bubble Volunteer (RMSBV)” yang terdiri daripada majoriti anak-anak muda yang akan memainkan peranan sebagai rakan advokasi dan diplomasi sukan untuk membantu usaha pematuhan penganjur, peserta, dan penonton / orang awam kepada SOP Sukan dan Rekreasi. Ini merupakan inisiatif kerajaan agar pematuhan kepada arahan dan SOP bukan sahaja dikuatkuasakan oleh polis atau PBT sahaja , tetapi ia boleh bersifatkan pemerkasaan komuniti dan masyarakat (‘community-driven’ & ‘people-centric’), disamping memupuk sifat dan budaya kesukarelawanan belia.