Tarikh : 04 November 2023
Masa : 10.00 Pagi - 01.30 Petang
Peserta : 6 orang (Pelajar Sekolah)
Objektif:
Memberi tunjuk ajar kepada pelajar dalam penggunaan komputer, keyboard dan mouse dengan betul. Memahirkan mereka menaip menggunakan laman web game matematik supaya mereka dapat mengetahui tahap kecekapan mereka mengira dan menaip.Selain itu, pembelajaran ini dapat meningkatkan fokus pelajar dalam menyelesaikan soalan dalam waktu yang diberi. Pelajar juga turut membuat ulangkaji pelajaran matematik melalui latihan yang disediakan menggunakan sistem permainan ONLINE. Hal ini, dapat meningkatkan kualiti pemahaman pelajar dengan lebih baik dalam menguasai subjek matematik.
Aktiviti :
1. Pengenalan komputer, mouse dan keyboard
2. Mengetahui komponen-komponen komputer
3. Menaip semula perkataan yang dipaparkan dalam permainan online.
4. Belajar mengira mengikut gambar yang diberikan dalam permainan matematik.
5. Memperkenalkan asas matematik seperti penggunaan +,-, x, / (tambah, tolak, darab, dan bahagi)
6. Latihan yang disediakan mengikut silibus sekolah pelajar.
7. Membantu pelajar mahir dalam setiap soalan yang tidak mampu memahami konsep yang dijalankan semasa waktu persekolahan.